November 23, 2014

REVIEW DRAMA - Jahil (Jalan Singkat Ke Syurga)

JAHIL adalah sebuah drama arahan Rashid Sibir yang telah disiarkan di saluran Oasis 106, pada pukul 10 malam tadi, bersamaan 22 November 2014.



Mengisahkan tentang Amal (Beto Kusyairy), yang mempunyai isteri bernama Aida (Zara Zya), dan dikurniakan sepasang anak lelaki & perempuan. Awalnya Amal seorang yang ceria dan penyayang. Atas desakan ibunya (Fauziah Nawi), supaya Amal mendekatkan diri pada agama dan membimbing keluarganya, Amal mula mencari dan ketika sedang duduk di kedai makan, Amal di datangi oleh seseorang, iaitu Syam (Hafizuddin). Dia mengajak Amar untuk menuntut ilmu dengan Ustaz Malik (Azri Iskandar).

.. Ustaz Malik menyatakan Islam itu mudah, dan solat 17 rakaat boleh digabungkan menjadi satu. Ustaz Malik juga meyakinkan anak didiknya bahawa dia wali Allah yang terpilih dan mampu membawa anak didiknya ke syurga..



Amal yang taksub ingin membawa keluarganya ke syurga kemudiannya hilang pedoman, tidak seceria sebelumnya, dan menjadi panas baran. Dia juga membuang ibunya dan menceraikan Aida dengan talak 3. Selepas itu, Amal dapat menghidu perbuatan Ustaz Malik & Sham yang ternyata menggunakan ajaran sesat sebagai penipuan untuk keuntungan bisnes... Amal menyesal dan ingin kembali kepada Aida, namun semuanya terlambat.. Aida telah meninggal dunia..


Rating = 5/5
Sebab? Nek Yuni peminat karya Rashid Sibir.. huahuahua... sekian..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.