RESEPI : Seafood Lasagna


Sources by Google.

Bahan A :-
4 keping kulit lasagna
1 sudu kecil olive oil
Air secukupnya
Mozarella Cheese secukupnya (Untuk di tabur di atas susunan lasagna nanti)

Cara Membuatnya :-
Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut supaya tidak melekat. Angkat dan toskan.

Bahan B :-
1/2 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji bawang putih (optional)- dicincang halus
5 batang crab stik - potong kecil
10 ekor udang - potong kecil
1 1/2 sudu besar butter
sedikit serbuk lada hitam
sedikit oregano, basil / mix herbs
garam dan perasa

Cara Membuatnya :-
Cairkan/ panaskan butter.
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang dan crab stik. Kacau.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa, kacau sebati.
Akhir sekali masukkan oregano dan basil, kacau sekejap dan angkat.

Bahan C (White sauce) :-
400 ml fresh milk
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit serbuk lada hitam
garam

Cara Membuatnya :-
Masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan kacau sebati menggunakan hand whisker.
Masak adunan sehingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lasagna :-
Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya. Ratakan.
Susun lagi 2 keping lasagna diaatas white sauce. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
Curahkan semua baki white sauce dan ratakan.
Taburkan mozarella cheese menutupi white sauce.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit. 
Sedia untuk dihidangkan bersama chilli sauce atau tabasco atau di makan begitu sahaja.

RESEPI : Seafood Lasagna RESEPI : Seafood Lasagna Reviewed by Tunsha Ayunie on November 10, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.