RESEPI - 'Roulade' Ayam Sumbat - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 10, 2014

RESEPI - 'Roulade' Ayam Sumbat


RESEPI 'ROULADE' AYAM SUMBAT
Bahan-bahan :-
Peha ayam tanpa tulang
Dada ayam tanpa tulang - Kisar
Keju parmesan
Keju mozarella
Minyak zaitun

Bahan-bahan lain :-
Labu
Kentang
Bayam
Daun selasih
Herba thyme segar
Herba kering oregano dan thyme
Mentega
Krim
Garam
Lada hitam

(Labu dan kentang direbus sehingga empuk, lenyekkan, campurkan dengan herba, mentega, krim, dan lada hitam, kemudian perapkan dengan garam)

Bahan-bahan hiasan :-
Asparagus
Baby carrot

(rebus hingga empuk dan gaul dengan mentega)

Cara-cara penyediaan :-
Ketukkan peha ayam supaya lembut apabila digulung.
Celur bayam dan toskan.
Letakkan bayam di atas peha ayam, diikuti dengan dada ayam yang telah dikisar.
Letakkan pula keju parmesan yang telah diparut dan keju mozarella.
Gulungkan peha ayam dan balutkan dengan plastik pembalut.
Rebuskan gulungan peha ayam tersebut selama 10 minit.
Selepas 10 minit, keluarkan dan buka plastik pembalut tadi.
Panggang seketika untuk dapatkankan warna keperang- perangan.
Potong ayam tersebut dan hidangkan bersama sayur & kentang lenyek.

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.