RESEPI - Puttanesca Ala Itali


Sources by Google.


RESEPI PUTTANESCA ALA ITALI
Bahan-bahan :-
Pasta (jenis apapun) - Penne @ Fussili @ Spagetti
1/2 cawan minyak zaitun
segenggam ikan bilis - cincang kasar
1/2 sudu teh bawang putih - cincang halus
1 biji tomato - potong dadu (boleh guna tomato dalam tin)
Secubit garam
2 sudu teh oregano segar @ 
1 sudu kecil oregano kering
2 sudu kecil capers
8-10 biji buah zaitun

Cara-caranya :-
Masukkan 1 sudu besar minyak zaitun dan ikan bilis dalam kuali dengan api rendah dan masak, kacau dan tumbuk ikan bilis menggunakan sudip sehingga menjadi hancur @ pes.

Tambah bawang putih dan masak selama kira-kira 30saat, jangan biar bawang putih terlalu gelap.

Kuatkan api paras sederhana dan tambahkan tomato dengan sedikit garam. Apabila sos mendidih, kecilkan api dan biarkan mendidih sehingga tomato pecah minyak.

Tutup api dan ketepikan.

Didihkan 4 liter air. tambahkan 1 sudu besar garam, rebuskan pasta sehingga masak.

Selepas itu didihkan sos, tambahkan oregano, capers dan buah zaitun, dan masak seketika. Sendukkan di atas pasta. Hidangkan.

Nota - Capers sejenis jeruk yang masin, so jangan masak terlalu lama.
RESEPI - Puttanesca Ala Itali RESEPI - Puttanesca Ala Itali Reviewed by Tunsha Ayunie on November 10, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.