November 10, 2014

RESEPI : Krim Kastard

Antara dessert kegemaran aku adalam yang mempunyai kastard. Aku memang sukakan kastard. Tapi nak membuatnya kekadang memang perlukan kesabaran sebab tepung kastard ni jenis cepat kental. Kalau kuatkan api jadi hangit plak. Aku jarang nak main masak-masak guna kastard ni, aku lebih suka makan... Hahhaa ! Tapi sengaja la nak abadikan resepi untuk rujukan aku sendiri.. lulzz

Sources by Google.

RESEPI KRIM KASTARD
Bahan-bahannya :-
200 ml susu UHT fullcream - didihkan sebentar, tutup api
2 biji telur gred B
30g gula pasir
20 g tepung kastard

Cara-caranya :-
Campurkan  biji telur, gula pasir dan tepung kastad dan kacau sebati, tuang susu dalam bancuhan tadi dan kacau lagi. Tapis. Dan panaskan dalam periuk dengan api perlahan. Tambahkan 1/2 sudu teh esen vanila & garam, masak sehingga kental. Sejukkan.

Lepas tu bolehlah sumbat dalam choux pastry ^^~ so jadilah cream puff!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.