RESEPI : Choux Pastry

Sources by Google.

Bahan-bahan ( Pastry) :-
*Panas kan oven 200 C
3 biji telur Gred B
150g tepung gandum (suggest - Blue key Superfine ) - diayak, ketepikan.
**
100g butter
250ml air putih
1/2 tsp gula pasir 

Cara-caranya :-
Butter, air putih dan gula pasir dicampur semua dan masak atas dapur dengan api kecil hingga larut. Dah nampak bubble kecik keliling periuk, jangan bagi sampai mendidih, cepat2 masukkan tepung dan kacau sampai tepung tak melekat pada periuk, tutup api.

Kemudian masukkan ke dalam mixer, pukul adunan di atas dengan kelajuan yang kecil je sehingga suam-suam kuku. Masukkan 3 biji telur gred B, satu persatu. Dengan kelajuan kecil juga, adun adunan sehingga likat dan bercantun antara satu sama lain, dan kental.

Keluarkan, dan masukkan didalam piping bag dengan nozle kesukaan korang, takde nozle pun takpe, tapi kena guna piping bag ye, kalau takde, tebuk je plastik jernih tu jadi piping bag.

Paip atas dulang yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dalam 25-30minit hingga kuning keemasan, dah sejuk boleh sumbat dengan "Krim Kastard"

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)