November 23, 2014

RESEPI AYAM PENYET DAN SAMBAL HOMEMADE

Memula aku nak guna gambar sendiri... tapi tak sempat nak snap, semua dah masuk dalam perut Mama Nora, tuan suami aku... muahahahhaa !! so kita culik la gambar dari Google, gambar pun kemain menyelerakan...

Oklah... aku bikin ayam penyet ni, dengan terung goreng... alhamdulillah harini sedap, semalam aku buat macam kurengggg je... terima kasih Secukup Rasa Maggi ~~~ muahahhaha aci tak??


Source by Google.


Bahan-bahan (Ayam Penyet) :-
Ayam (Whole Leg)
1 sb serbuk kunyit
1 sb besar biji ketumbar*
1 sb besar jintan manis*
1 sb besar jintan putih*
1 biji bawang merah
1 ulas bawang merah
3 sudu santan pekat (aku guna santan Kara)
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * sila sangai kering dan kisar.

Cara-caranya :-
Kisar bawang merah dan bawang putih dalam pengisar kering, masukkan dalam air. Rebus ayam dan letak serbuk kunyit, santan dan satu sudu besar rempah yang dikisar kering. Perasakan dengan garam. Lebihan rempah simpan tepi untuk perapan ayam. Setelah ayam masak, angkat ayam, ketepikan & sejukkan.


Bahan-bahan perapan ayam :-
Rempah yang dikisar kering, 1 sudu serbuk cili @ cili boh, 1 sudu serbuk kari ayam, 1 biji telur, 2 senduk air rebusan ayam, Secukup Rasa Maggi & tepung beras secukupnya.

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan dan rendam ayam ke dalamnya. Boleh digoreng terus, hanya sehingga tepung garing. Jangan goreng terlalu lama, nanti ayam liat.. Lebihan tepung boleh buat serdak.. hewhew..

Bahan-bahan sambal :-
5-6 biji cili merah
Segenggam @ lebih, cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
2 biji tomato
2 sudu ikan bilis
2 inci belacan
3 sb gula merah/gula perang
2 biji limau kasturi @ lebih

Cara-caranya :-
Goreng semua bahan kecuali gula merah, angkat dan kisar. Kemudian goreng kembali dan perasakan dengan gula merah, garam & limau. Ikut lidah sendiri je nak rasa camne..

Bahan tambahan :- Kicap ABC + cili + bawang. Selamat mencuba ye... hehe ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.