Puteri Balqis VS Mia Sara

Salam Ahad - 9 November 2014

Harini bangun lambat... hahaha ... sebab?? semalam hemodialisis, lepas tu lemau sangat.... 'sedang bercuti' laa katakan...

.. Saja nak cerita pasal Balqis dan Mia Sara, dua pelakon cilik yang berbakat.. dan dikenali ramai, termasuklah si Rayqal... tapi Rayqal ni pelakon lelaki... ok we want to talk about the girl... mihmih... so... wa ada cerita pasal kemenangan Balqis dipertikai di entri Kemenangan Puteri Balqis Dipertikai? dan mendapat respon yang so-so which mean ramai je setuju Balqis layak menang dalam kategori tu sebab Balqis sememangnya LAYAK...


Dalam kategori yang dianjurkan, sebenarnya Mama Erma Fatima bertungkus lumus untuk Balqis.. dan Balqis memasuki kategori tersebut sebab dialah watak utama dalam cerita BALQIS (Sempena Filem Festival Malaysia).


Mia Sara, seorang kanak-kanak cilik dan cantik lagi comel.. mungkin Mia Sara antara pengganti Ngasriah Ngasri (Anne Ngasri) pada waktu mula namanya naik.. Tapi jujurnya lakonan Mia Sara tidak dapat menusuk hati penonton, sebab dia nampak sangat kanak-kanak... watak nangis jugak tak real... Mungkin Mia Sara hanya boleh melakonkan watak ceria @ comel je... itupun, wa tak mampu hayati watak Mia Sara dengan baik.



Puteri Balqis, mukanya tidaklah secomel Mia Sara.. tapi bakatnya melebihi pelakon cilik yang lain, seriously masa wa tengok lakonan pertama Aqish dalam cerita apa ntah, wa terus cakap kat mama... "budak ni memang pandai berlakon", so setiapkali ada je muka Balqis kat mana-mana drama ke filem ke, wa memang suka tengok... tuan macho siap ajuk2 lagi mulut senget Balqis bila dia bercakap... so cute !

Balqis pandai menjiwai watak airmata, sampai ada yang kata Balqis mampu menggantikan Wan Maimunah suatu hari nanti... seniwati wannabe, mungkin..?? sebab lakonan Balqis sangat menusuk kalbu... berganda-ganda dari Mia Sara..

**********************************

Hopefully Balqis terus sukses dan tidak menyombong diri.. jadilah seorang insan yang rendah diri & bergaul dengan semua orang ^^ insyaALLAH, kejayaan milikmu sayang....

Cheers,
Tunsha.
Puteri Balqis VS Mia Sara Puteri Balqis VS Mia Sara Reviewed by Tunsha Ayunie on November 09, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.