November 12, 2014

Masak Salah, Tak Masak Salah...


Ok.. gambar hiasan, abaikan.

Tapi tetap mengenai ayam.. hurm.. wa masak lambat sikit, hari² pun masak lambat sebenarnya.. yelah, tido tak cukup, bangun lambat... dah bangun lambat, time tu jugak lah baru nak keluar ayam, daging segala bagai.

Harini ingat nak masak ayam sambal je, guna sambal balance nasik lemak haritu... taknak laa membazir kan? so wa rendam la ayam yang keras tu dalam periuk... yes, ayam tu dah dipotong dan agak banyak jugak..


*iklan*

Tetiba je si polan A cakap...

      "Madam' pesan, masak untuk ampa berdua ja, jangan masak lebih..."

Terkedu kejap laa... cara cakap tu macam wa masak tak pernah habis, ke dia risau wa masak banyak sangat sebab ayam yang wa rendam tu memang banyak...??

Berkerut sikit laaa hati ni, sebelum ni takde pun jadi isu masak banyak tak habis, in fact memang adik ipar kaki makan pun, kekadang dah makan kat luar, balik dia makan lagi.., and lauk kalau tak habis, tuan macho yang habiskan...

Entri ni macam luah perasaan secara peribadi sebenarnya, sebab wa memang selalu masak banyak pun... huwaaaa.... tapi habis ok... takde pun terbuang dalam tong sampah kepe... tetiba terfikir, yeke Madam yang suruh...?? hurm

Cheers,
Tunsha.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.