Lola Akhirnya Mengaku Bersalah.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 06, 2014

Lola Akhirnya Mengaku Bersalah..

Lolanopita Menukar Pengakuan Kepada Bersalah

Lolanopita Sadi, ibu kepada remaja OKU. Muhammad Firdaus Dullah, yang berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Akhta Kanak-Kanak 2001 menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Seksyen disini, hari ini.

Lola telah membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mahkamah menetapkan 17 November untuk hujahan mitigasi dan menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, Lola didakwa sengaja mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga 2.30 petang, 21 Jun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Lola berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33c akta sama kerana sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala Lolanopita pula diwakili peguam Hanif Hassan.

Semoga perkara ini menjadi iktibar :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.