November 05, 2014

Kes Buli 2014

Tak tahu dah berapa banyak kisah buli yang terpapar dalam media... waolsss rasa rimas dan geram... yang kena pulak jenis bukan melawan... kalau waolsss kena, dah tentu waolsss lawan balik... ok ngaku ! waolsss jugak mangsa buli dulu... zaman sekolah form 1 - form 2 waolsss memang skemekk (skema) sket... huahua

Siapa lah sangat nak tau kisah wa?? bukan penting pun... hurm.. terbaru, dalam minggu ni.. 3 video buli yang wa tengok... Yarabbi... mendidih rasa hati walaupun mangsa takde kena mengena dengan wa pun..

SAMSENG SINGLET HITAM - Hampir semua pelajar dalam bilik tersebut tidak melawan budak yang bajet taiko ni... semua macam akur & redha je kena pukul cenggitu.. selain mamat singlet hitam ni, ada 4 orang lagi yang bersama-sama menjadi "anak buah" dia... haihhh dikkk.... nasib la hang bukan adek cheq tau !

GADIS KELANTAN - Dipercayai awek2 ni dari Kelantan mengikut slang percakapan diorang.. tapi kes diorang ni tak femes sangat kot sebab banyakkkkkkkkkkk sangat kes perempuan membuli ni, hanya sebab LELAKI @ JANTAN... wa pelik, kenapa si jantan yang tak jadi mangsa buli budak2 perempuan ni...?? haihhh memalukan hawa betul....

BULI BUDAK KECIK - Ini paling TERBARU ! entah berapa ramai yang "gagah2 perkasa" membuli budak kecik ni... wa sebagai seorang kakak terasa sakit hati dan bergenang airmata, terbayang kalau budak kecik ni adik wa... tak mati wa kerjakan sajalah kalau adik wa yang kena... tak boleh angkat wooo.... pelik sungguh mana warden pergi, keadaan dalam bilik tu punyalah riuh rendah..

Zaman dulu pun membuli jugak, tapi takdelah sampai cenggini kekdahnya... setakat kena minum air stokin kot..?? (ini tuan macho lah kasiktau)... pukul2 cenggini mana ada seh...

Semoga polis mengambil tindakan sewajarnya.

Al-Fatihah buat Munir Ismail, pernah seketika kecoh tentang kes bulinya :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.