11/1/14 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 28, 2014

Alexa Ranking #7 - 28112014

11:39 PM 1
Alexa Ranking #7 - 28112014


Sumber di SINI
Ranking sebelum di SINI .

Agak merudum jugak sebenarnya... seronok dapat 3 angka, dah naik 4 angka kembali... mungkin sebab update waktu malam, dan jarang sangat membalas kunjungan... mebbe... tapi Nekyuni taknaklaa rasa stress sangat pasal ranking ni... seperti hidup, ada turun naik jugak... 

Apalah sangat Alexa Ranking ni bagi Nekyuni? ada rezeki untuk kejar kak MiaLiana ada laaa.... (wahhh dalam sendu tu ada pulak semangat nak kejar blogger femes...)

Who knows?

Makan-Makan | Ayam Penyet Sumatera, Ampang

9:46 PM 1
Makan-Makan | Ayam Penyet Sumatera, Ampang

Hajat hati nak makan ayam penyet kat Dapur Penyet sambil tu ingat nak bikin review, (firstly rasa tak puas makan waktu lepak dengan The Stooges).. tapi sebab Tokis penat nak berjalan, aku jadi beralah jela.. padahal kat rumah dah makan nasi ayam MamaNora beli... hah ! nampak tak aku punya kebuluq ni tahap mengketedarah??

Lepas ambik duit zakat, kami pergi ke Spectrum Mall, Bandar Baru Ampang.. beli barang keperluan sikit... lepas tu ternampak ada kedai ayam penyet baru bukak... so lepas beli barang, nak la merasa kan...

Memula salah masuk kadai, tapi sebab nak sangat makan ayam penyet, aku pun order laa... kecewa salah masuk kedai.. (camne bley salah pun tak tau..) tapi tak gemar sungguh aku dengan suasana kedai ni..

Sebab??
Tuan kedai yang sungguh busybody... sibuk tanya Tokis apa sebab tulang Tokis bengkok... bla bla bla... Tokis dah terangkan, dia dok paksa Tokis pakai tongkat plak... dah Tokis terangkan Tokis selesa berjalan sendiri tanpa wheelchair dan tongkat, dok laaa dia suruh Tokis guna tongkat... ehh annoying pulak...

so makanan tak habis, dan aku ajak Tokis blah~

Dah jejalan barulah jumpa dengan Ayam Penyet Sumatera.. padahal Tokis dah kedepan sikit jalan tadi, aku lah yang bersalah... ingatkan kedai yang kami masuk tu kedai yang betul... ok.. so kita nak makan Ayam Penyet yang betul...


Aku order lagi Ayam Penyet - RM 9.90... ambik koooo... rasa macam tak puas je makan.. tapi aku masih kecewa, makan pun tak licin sebagaimana aku makan kat Wong Solo & Dapur Penyet... adoiii melayang duit Tokis asyik belanja aku makan...


Tokis yang senantiasa menjadi yang terbaik buat aku... tengok muka letih bebenar kehulu-hilir dengan bini... maaf Tokis, and thanks !


Dari depan kedai...
Sumber - AgarKuTidakLupa

So far bukanlah kegemaran aku untuk makan lagi ayam penyet kat sini... air pun tawar, cuma yang best, layanan mesra dengan senyuman dan cepat... cuma food agak so-so... nak cuba makan menu lain pun lepas ni ...InsyaAllah...

Cheers,
Tunsha

Mahu Hidup Dalam Karya...

3:55 AM 1
Mahu Hidup Dalam Karya...
Rindu sangat NekYuni akan ilmu sastera yang dah lama NekYuni tinggalkan... tapi rasa eksaited hati nak kembali dalam dunia sastera bila tercabar dengan entri2 +Hikayat Seorang Budak  yang merupakan cermin NekYuni suatu ketika dulu...

I need myself... hurm.. NekYuni tahu takde hasil pun kalau NekYuni berpuisi... tapi itu minat yang amat mendalam sejak kecil... NekYuni amat mencintai karya seni sebenarnya, cuma tak pandai expose dalam slot yang betul...


Adakala NekYuni bermadah dalam FB, orang panggil NekYuni meroyan, so NekYuni rasa ada baiknya NekYuni bermadah gila dalam blog, nak baca silakan, taknak sila tutup....

Perancangan NekYuni dari awal memang nak bikin sebuah buku tentang perjalanan hidup NekYuni tapi tak tahu dimana langkah NekYuni nak bermula.. sobss sobss...

Banyak tau NekYuni minat , antaranya lukisan walaupun tak pandai melukis, fotografi, menulis, membaca sajak & bersyair... hahahah malunya nak ngaku NekYuni yang brutal ni minat perkara sebegini....

Cheers,
Tunsha

Biasnya Drama...

3:43 AM 0
Biasnya Drama...

Biasnya sifarku kosong, 
namun ku tahu ianya berisi..

Katakan saja ianya terkunci,
kau tidak mampu mengeluh membukanya...

Biasnya pincang terhadap aku
monolog kosong tiada terguris...
katalah apa kau mahu,
aku tak gentar berjalan sendiri..
aku tak gentar berdiri tanpa kaki...

Biasnya aku sendu...
Namun tapakku berentak beribu,
Butakan saja mata hatiku, 
Andai kau mampu berpeleseran di kotak nafsu...

Syabas !
Kau berjaya mewayangkan minda, 
namun kau salah menilai aku ~

Tunsha Ayunie, 28November2014-03:42am

November 27, 2014

Quotes #21

1:12 AM 0
Quotes #21

Izzit true??
Genaite !!

November 26, 2014

DIY - Fenomena Bunga Straw Yang Dilupakan...

11:54 PM 0
DIY - Fenomena Bunga Straw Yang Dilupakan...
Tak sure kalau ada lagi yang bikin bunga straw ni... 
tapi NekYuni macam dah tak nampak je??



Dulu.. bunga straw ni menjadi kegilaan NekYuni dengan mama tau... Mama NekYuni suka sangat gentel² straw buat bunga... selain tu macam² boleh buat, tapi yang NekYuni cuma ingat, adalah bunga je... hoho...


Cantik kannnnnnnnn?? Tapi bukan NekYuni punya ...
Wuahhahahahaa....!! opssss overrrr....


Rindu nak berkraf-tangan... rindu sangat nak mengait... haih... ilmu semua celup sikit² je, tak pernah nak belajar sampai habis... padahal basic menjahit, mengait, membakar, berkraf semua ada ditangan NekYuni kecuali.... MEKAP...!!

#throwbackzamanremaja

Cheers,
Tunsha

Dah Pasang Astro Beyond...

12:38 PM 0
Dah Pasang Astro Beyond...
Itupun nak kecoh since dah takde apa nak update kan?? NekYuni gasak bangun awal pagi mengejutkan Tok'Is sebab dia yang nak handle orang pasang Beyond ni... hahahha bajet rumah sendiri... takde laa.. Tok'Is on behalf Mama Nora sebab Mama Nora kerja...


TV yang berbintik-bintik dah kembali terang... yeyyyy eksaited kemain NekYuni tengok TV terang2 since mata dah kabur lagi maha rabun...

Cheers,
Tunsha

November 25, 2014

Blog Korang Mesra Mobile ?

7:15 PM 0
Blog Korang Mesra Mobile ?

Nyah Kau, Si Darah Yang Bercabang !

11:11 AM 0
Nyah Kau, Si Darah Yang Bercabang !

Nyah kau !
insan bernama wanita,
insan kupanggil 'makcik',
insan yang ku diamkan,
insan yang ku sabarkan,

Nah !
Baiknya kau kerana harta,
baiknya kau kerana agama,

Tetapi kau lupa,
untuk meminta maaf 
kepada insan yang kau
ANIAYA !

Hormatku kau anggap najis,
sedangkan diriku sedang menangis..

Disaat aku meminta belas,
Kau senyum tanda PUAS !

KAU tertawa mengaibkan aku,
Kau tertawa mengenakan aku...

NYAH KAU !!!
Demi ALLAH , 
Tuhan sekalian alam..
Tiada kuampun kelakuan kau,
Tiada kuampun perbuatan kau..

Tanya sama TUHAN,
jika DIA boleh MENGAMPUNKAN...

Tunsha Ayunie, 25Nov2014-11:11am

Kenali Bahagian Ayam ~

11:02 AM 0
Kenali Bahagian Ayam ~
Nek Yuni memanglah tak hafal part2 ayam ni... seriously... asal nampak rupa peha je ingatkan peha... muahahhaa... ehhh memang lahh peha tu rupa peha kan...?? ok tak mau citer banyak... nah !!


Sessi ulangkaji tentang ayam pulak !~

Cheers,
Tunsha

Sometimes we care about others, but....

6:18 AM 0
Sometimes we care about others, but....

How many times we care about ourself?
krik... krik... krik...

M.Nasir - Di Balik Cermin Mimpi

5:18 AM 0
M.Nasir - Di Balik Cermin Mimpi

M.Nasir, seorang sifu yang amat wa gemari.. bait-bait lirik karya beliau sangat puitis dan banyak maksud tersirat.. antaranya Tanya Sama Itu Hud-Hud, Kias Fansuri, dan Di Balik Cermin Mimpi.. sebenarnya banyak lagi, tapi ini antara lagu kegemaran Nek Yuni untuk upgrade diri...

Haleeda - Setia Kasih

4:20 AM 0
Haleeda - Setia Kasih

Suka sangat dengan Haleeda ni sebab muka dia tu, dia buat muka serius pun nampak manis je macam tengah senyum... lagu Haleeda ni satu je kot NekYuni rasa... iaitu Setia Kasih... lagu feveret waktu kecik... sampailahhh sekarang... melodi dia macam wow !! bagi NekYuni lah kan... sebab NekYuni dan Retro macam berpisah tiada plak.. hewhew

November 24, 2014

Google Icon | Henri de Toulouse Lautrec's

10:30 AM 0
Google Icon | Henri de Toulouse Lautrec's

Google telah meraikan legasi Henri de Toulouse Lautrec sebagai ikon di peringkat antarabangsa dengan menggunakan Doodle, ianya bersempena dengan tarikh hari lahir beliau, yang ke-150.





Henri de Toulouse Lautrec merupakan Pelukis Ilustrasi Perancis. Beliau dilahirkan pada 24 November 1864 di Albi, Tarn, Perancis. Beliau meninggal dunia pada usia 36 di Château Malromé, Perancis.


Antara lukisan beliau yang terkenal...

[ Potret Vincent van Gogh (1887), Muzium Van Gogh, Amsterdam]

[De' Bed, (1893)]

[Salon di Rue des Moulins (1894)]

Nak tengok lagi?? 

Henri de Toulouse Lautrec dikira antara yang terbaik dari pelukis yang terbaik lewat 1800-an. Namanya dikira dikalangan pelukis seperti Cézanne, Van Gogh dan Gauguin.

Dalam lelongan pada tahun 2005 di rumah lelong Christie, satu rekod baru telah ditubuhkan apabila La Blanchisseuse, lukisan seorang gadis tukang cuci yang dilukis oleh Henri de Toulouse Lautrec dijual dengan harga US $ 22.400.000.

Segala maklumat lain, boleh dibaca di Wikipedia.


November 23, 2014

Terima Kasih Dato' Seri....

11:05 PM 0
Terima Kasih Dato' Seri....

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

**********************************************

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

*********************************************

Tak apa lah dato seri....
PRU karang pangkah BN jugak.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, 
Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

*****************************************************

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

*************************************************

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami...

********************************

Luahan ini hanya copypaste yang waolsss baca dari Facebook... dan memang setuju... sambil baca ni sedih jugak... sampai bila nak hidup di bawah kepimpinan kuku besi...?? hurm.. takpelah Dato' Seri.. Ana redha...

Cheers,
Tunsha

RESEPI AYAM PENYET DAN SAMBAL HOMEMADE

10:43 PM 0
RESEPI AYAM PENYET DAN SAMBAL HOMEMADE
Memula aku nak guna gambar sendiri... tapi tak sempat nak snap, semua dah masuk dalam perut Mama Nora, tuan suami aku... muahahahhaa !! so kita culik la gambar dari Google, gambar pun kemain menyelerakan...

Oklah... aku bikin ayam penyet ni, dengan terung goreng... alhamdulillah harini sedap, semalam aku buat macam kurengggg je... terima kasih Secukup Rasa Maggi ~~~ muahahhaha aci tak??


Source by Google.


Bahan-bahan (Ayam Penyet) :-
Ayam (Whole Leg)
1 sb serbuk kunyit
1 sb besar biji ketumbar*
1 sb besar jintan manis*
1 sb besar jintan putih*
1 biji bawang merah
1 ulas bawang merah
3 sudu santan pekat (aku guna santan Kara)
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * sila sangai kering dan kisar.

Cara-caranya :-
Kisar bawang merah dan bawang putih dalam pengisar kering, masukkan dalam air. Rebus ayam dan letak serbuk kunyit, santan dan satu sudu besar rempah yang dikisar kering. Perasakan dengan garam. Lebihan rempah simpan tepi untuk perapan ayam. Setelah ayam masak, angkat ayam, ketepikan & sejukkan.


Bahan-bahan perapan ayam :-
Rempah yang dikisar kering, 1 sudu serbuk cili @ cili boh, 1 sudu serbuk kari ayam, 1 biji telur, 2 senduk air rebusan ayam, Secukup Rasa Maggi & tepung beras secukupnya.

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan dan rendam ayam ke dalamnya. Boleh digoreng terus, hanya sehingga tepung garing. Jangan goreng terlalu lama, nanti ayam liat.. Lebihan tepung boleh buat serdak.. hewhew..

Bahan-bahan sambal :-
5-6 biji cili merah
Segenggam @ lebih, cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
2 biji tomato
2 sudu ikan bilis
2 inci belacan
3 sb gula merah/gula perang
2 biji limau kasturi @ lebih

Cara-caranya :-
Goreng semua bahan kecuali gula merah, angkat dan kisar. Kemudian goreng kembali dan perasakan dengan gula merah, garam & limau. Ikut lidah sendiri je nak rasa camne..

Bahan tambahan :- Kicap ABC + cili + bawang. Selamat mencuba ye... hehe ~

Yusoff Islam - Mother

5:25 PM 0
Yusoff Islam - Mother
Yusoff Islam - Mother

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah..
And Rasulullah...

Comes your mother...
Who next? 
Your mother...
Who next? 
Your mother...
And then your father...

Cause who used to hold you...
And clean you and clothe you...
Who used to feed you?
And always be with you...
When you were sick...
Stay up all night...
Holding you tight...
That's right no other...
My mother...

Who should I take good care of?
Giving all my love...
Who should I think the most of?
After Allah...
And Rasulullah...

Comes your mother...
Who next? 
Your mother...
Who next? 
Your mother...
And then your father...

My mother...
Cause who used to hear you 
Before you could talk...
Who used to hold you?
Before you could walk...
And when you fell 
Who picked you up?
Clean your cut?
No one but your mother...
My mother...

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to...
After Allah...
And Rasulullah...

Comes your mother
Who next?
Your mother...
Who next?
Your mother...
And then your father

Cause who used to hug you...
And buy you new clothes...
Comb your hair...
And blow your nose...
And when you'd cry...
Who'd wiped your tears?
Knows your fears...
Who really cares?
My mother !

Say Alhamdulillah...
Thank you Allah...
Thank you Allah...
For my mother :)

Tetiba cam rasa rindu kat Mama... tapi jenis wa yang ego lagi bongkak plus sombong ni, takde la pulak rasa nak call... sebab kalau call bertambah rindu... suka tengok muka mama depan2... dengar dia punya bebel... masak dengan dia... urut kaki dia... huwaaaa cepatlah next week... mahu pulang ~~

Cheers,
Tunsha

Quotes #20

5:14 PM 0
Quotes #20
Lamanya tak update apa-apa... hanya terfikir nak post pasal quotes je harini... yelah... duduk rumah je, otak tepu, so takde cerita... hahaha !! tapi so far wa happy je beberapa hari ni... taknak stress2... sampai tuan macho mengamuk tanpa sebab pun... wa cool je... buat majuk kejap lepas tu ok balik... haaa hebat tak??


Ayat ni dah biasa dah... tapi saja nak share.. wa suka ingatkan diri sebenarnya...

"Boleh jadi dia paling jahat harini, 
boleh jadi jugak dia yang paling maksum esok.."

Who knows?

Cheers,
Tunsha

REVIEW DRAMA - Jahil (Jalan Singkat Ke Syurga)

12:58 AM 0
REVIEW DRAMA - Jahil (Jalan Singkat Ke Syurga)
JAHIL adalah sebuah drama arahan Rashid Sibir yang telah disiarkan di saluran Oasis 106, pada pukul 10 malam tadi, bersamaan 22 November 2014.



Mengisahkan tentang Amal (Beto Kusyairy), yang mempunyai isteri bernama Aida (Zara Zya), dan dikurniakan sepasang anak lelaki & perempuan. Awalnya Amal seorang yang ceria dan penyayang. Atas desakan ibunya (Fauziah Nawi), supaya Amal mendekatkan diri pada agama dan membimbing keluarganya, Amal mula mencari dan ketika sedang duduk di kedai makan, Amal di datangi oleh seseorang, iaitu Syam (Hafizuddin). Dia mengajak Amar untuk menuntut ilmu dengan Ustaz Malik (Azri Iskandar).

.. Ustaz Malik menyatakan Islam itu mudah, dan solat 17 rakaat boleh digabungkan menjadi satu. Ustaz Malik juga meyakinkan anak didiknya bahawa dia wali Allah yang terpilih dan mampu membawa anak didiknya ke syurga..



Amal yang taksub ingin membawa keluarganya ke syurga kemudiannya hilang pedoman, tidak seceria sebelumnya, dan menjadi panas baran. Dia juga membuang ibunya dan menceraikan Aida dengan talak 3. Selepas itu, Amal dapat menghidu perbuatan Ustaz Malik & Sham yang ternyata menggunakan ajaran sesat sebagai penipuan untuk keuntungan bisnes... Amal menyesal dan ingin kembali kepada Aida, namun semuanya terlambat.. Aida telah meninggal dunia..


Rating = 5/5
Sebab? Nek Yuni peminat karya Rashid Sibir.. huahuahua... sekian..

November 21, 2014

Gift From Zumal !

6:57 PM 0
Gift From Zumal !

Dapat sampul dari Zumal harini...
Zumal bagi give sempena wa jadi pengomen tegar..

ehhh tegar sangat ~~~
Thanks Zumal !!

Cheers,
Tunsha ~

Kenali Kutu Di Dalam Perut Ikan..

6:47 PM 0
Kenali Kutu Di Dalam Perut Ikan..
Ok.. I'm just was.... heyyy !! KUTU IKAN !!



Beberapa page ada kirim gambar cenggini... salah satu pengirim, dia tapau nasik & ikan goreng, lepas tu jumpalah kutu ni dalam perut... so peniaga dianggap tak bersih... depa ingatkan lipas... opsss first time tengok pun Nek Yuni ingat lipas yang bertenggek dalam ikan... sebenarnya bukan lipas... tapi...


ISOPODA !!

Isopoda adalah sejenis parasit dan merupaklan kehidupan animalia yang menumpang dalam kehidupan marine especially ikan lah.. ikan laut.. Ia akan tinggal di lidah @ perut ikan.. Warnanya adalah kelabu atau putih, dan dalam kes lain ianya berkemungkinan berwarna merah, kuning atau hijau.

Ianya tidaklah berbahaya... cuma kalau siang ikan tu makesure la siang bebetul... check lidah ikan kalau ada parasit ni.. buang je... cuci ikan bebersih... dan boleh masak ! 



Nahh !! Nek Yuni belanja gambar parasit dalam mulut ikan ~~

Sesi Mengawal Diri...

6:22 AM 1
Sesi Mengawal Diri...
Perasaan dengki , semua bagai dengan kejayaan orang lain memang dah terpahat lama dalam hati... so perkara macam ni menimbulkan kesan yang agak negatif dalam diri Nek Yuni... kenapa ye??


.. Biasalah kan... perasaan mazmumah ni mana boleh elak..?? iri hati tu kalau tak sikit, mestilah banyakkkk sangat ! tapi Nek Yuni punya ni kategori overdose sangat dah... so, apa yang Nek Yuni buat...??


Dengan sifat kesabaran yang masih berbaki ni... Nek Yuni belajar untuk bersyukur dengan apa yang Nek Yuni ada... Nek Yuni selalu upgrade diri supaya selalu POSITIF !



Dear Allah,
If I can't have what I want..
Please let me want what I have..
When I know things are not meant for me..
I learn to let go..
It does'nt mean I'm weak...
but I'm just showing how strong I am to fight
the urge of wanting something which are not
supposed to be mine...

Cheers,
ⱷ Tunsha ⱷ

November 20, 2014

Header Yang Merapu ~

12:56 AM 0
Header Yang Merapu ~
Nek Yuni konon nak buat lain sikit header... tapi entah bingai sangat kepala hotak ni sampai header tu nampak tak seni langsung tau... tapi Nek Yuni tempek gak arr sebagai penghargaan pada diri sendiri yang penat buat header selama berjam-jam sambil la Aa Ab Laut Chalen.... tuan macho cakap maksud dia "sepasang kekasih mengharungi cabaran (chalen) laut.." hahhh ye lahh tu... merepek sokmo...

Dah-dah... Nek Yuni saja bikin random hapdet sebab dah takde idea disamping kecewa dengan header yang macam..... "awatlah hodoh sangat...??" tapi takpe !! sok lusa Nek Yuni buat lagik...

kk.. babai lah kan... jangan bosan dengan Nek Yuni ye...

Cheers,
Tunsha

November 19, 2014

Bila TM Tidak Faham Bahasa...

9:59 PM 0
Bila TM Tidak Faham Bahasa...
Rasanya dah lama sungguh wa tak pakai Stremyx, dah beberapa tahun... since 2007 tak silap... abah dah bayar bil separuh, then mintak terminate tak bagi, kononnya langgar kontrak, so kami buat bodoh dan bertukar line lain..

Yang menyakitkan hati Nek Yuni sekarang ni, kenapa laaa TM asyik mengganggu tido Nek Yuni...?? pepagi dah meraban call, tak cukup call.. bagi warning plak... 

eh soryy sikit... untuk apa wa bayar untuk benda yang wa tak guna...?? dah mintak terminated tak bagi, then nak ugut2...??? ingat wa macam orang atas yang kaya boleh pergi holiday sepanjang masa tu...??


And kalau pasal bil bodo ni nak ugut wa naik mahkamah, masuk jail etc, wa cam sanggup je... dari bagi duit untuk benda yang wa langsung dah tak guna... lebih baik wa guna duit tu bayar pembiayaan wa punya treatment... damn... sadis sungguh TM ni !

Cheers,
Tunsha

Kisah Erdy Sofian Dan Mas Idayu Mengamuk Di Ujibakat Mentor Legend 2014

7:01 PM 0
Kisah Erdy Sofian Dan Mas Idayu Mengamuk Di Ujibakat Mentor Legend 2014
Lama dah tak buat tajuk entri pepanjang cenggini... dah kering kepala hotak dok mikior apa laa yang nak dihapdet dalam blog ni... so harini Nek Yuni nak "bukak aib orang" sikit lah ekk... opsss... taklaaa... nak gosip dan bagi pendapat aje...


Nama dia?? Erdy Sofian... dan kenapa dengan dia??

JOM LAYAN VIDEO ...!!


Oklah.. wa tahu ada yang back-up mamat ni sebab kelancangan mulut Mas Idayu, dan ada pulak yang back-up Mas Idayu atas kebiadaban mamat ni.. Perkara yang banyak wa peratikan, memang mamat merangkap budak ni yang salah...

Apakah pendapat Nek Yuni..??
  • Firstly... bukan hang sorang je yang datang ujibakat.
  • Ramai lagi suara sedap DARI HANG tapi depa tak penuhi kriteria.
  • Mas Idayu tak habih cakap hang dah potong-potong.... nampak tak hang kojaq??
  • Suruh nyanyi lagu asli pun hang ingat suruh nyanyi lagu orang asli... hang sedar tak bangsa orang asli tu memang bangsa kita (Melayu)...?? mindset tolong ubah dik...
  • Hang belum apa-apa dah tunjuk biadap, yes, hang tak tinggikan suara.. tapi cara hang tu memang kojaq sungguh... kalau Nek Yuni jadi cikgu pun takmau lah ambik hang.
  • Black Mentor pun kena maki, tapi tak melawan, tengok?? dia dah berjaya hokeyyyy.
  • Hang dok paksa2 Mas Idayu pilih hang awat?? hang bab jadi pelakon bley laa... jadi penyanyi is no..no..no...
  • Suara Mas Idayu tak sedap...?? hello?? dia guru vokal, untuk lahirkan bakat, bukan dia join hang nak jadi penyanyi...
  • Ada hati nak jadi retisssss konon... suara Mr.Os lagi sedapppp.....
Aikkksss?? dah melampau sangat Nek Yuni komen... huahuahua... ok ni just pendapat, kalau dak Erdy terbaca bagus jugak laa... sebab hang tak layak jadi pelajar pun dengan sifat biadab yang menebal dalam diri hang...


Sape tak hangin bila cakap baik-baik orang dok pushhhhh ja??
Nek Yuni pun.... HANGIN !!!

Cheers,
Tunsha

Harvey Malaiholo - Jerat

6:17 AM 0
Harvey Malaiholo - Jerat
Rasa lama tak update apakan...?? so saja nak update benda yang tak membosankan wa, which that is MUSIC !! wa umur baru 24tahun (tapi bajet hakak2)... ehh apsal dengan umur wa...?? ohh wa kurang sangat kawan sebaya yang minat lagu retro...




Kenapa wa minat dengan retro music, tiada sebab sebenarnya... cuma lahir2 dah dibesarkan dengan lagu retro... and bila moody2 cenggini... apa lagi, bukak la u-tube.. layan lelagu yang boleh kenang kenangan yang happy-happy... kannnnnnnnn.....


Harvey Malaiholo - Jerat

Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana

Tiada ragu lagi tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku

Kau ciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah...resah...
Pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu

Mimpi...mimpi...
Kan terasa oh..sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu

********************

Ok tu je... haha ! korang tak minat ke lagu retro ni...?? huahua.. opsss by the way untuk korang yang wa hutang blogwalking tu, nanti wa tebus ye... maaf laa... kesihatan diri tak berapa stabil... berapa hari ni asyik tidooooooooo je.... badan lemau... doc' kata result darah pun so-so aje... banyak skip ubat...

Cheers,
Tunsha

November 17, 2014

#GegarVaganza, Komen Puan Gojes?

9:30 PM 0
#GegarVaganza, Komen Puan Gojes?
Mesti ramai layan gegar Vaganza malam semalam... sama la dengan waolsss... tapi tuan macho yang eksaited... waolsss hanya eksaited tengok Haleeda, Rahmat Mega & Mamat Exist je... yang lain..??errr...


.. Persembahan pengenalan ni bagi wa, so far just ok-ok aje... tak la best sangat, kecuali persembahan Rahmat, Mamat serta Ayai.. meremang gak ar bulu reromaku... hee ~

Yang retisss wanita pulak, dengar agak pancit jugak laa... tapi kita faham... sebab dah lama tak menyanyi kan...?? hewhew.. cuma wa agak kecewa dengan persembahan Nadia - Salam Buat Kekasih, dalam hati berkata-kata... "Kenapa teruk sangat??"

.. Mungkin ramai yang perasan , Nadia macam lalokkkk sangat masa menyanyi.. ke wa yang perasan cenggitu...?? tapi boleh nampak hokeyyyy..... hah ! ni bebetul komen ni :) kecewa, sebab lagu tu wa suka...

Hurm.. ok itu je wa nak komen... huahua..

Antara peserta yang akan beraksi dalam Gegar Vaganza :

  • Mamat (Exist) 
  • Rahmat (Mega) 
  • Hasnol 
  • Fazli Zainal 
  • Sam (Innuendo) 
  • Ayai (Ilusi) 
  • Haleeda 
  • Shima 
  • Sharifah Zarina 
  • Ifa Raziah 
  • Adilla
Cheers,
Tunsha

November 16, 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015

11:37 PM 0
Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015


Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support! 

16 November 2014, Setelah Bertahun Tidak Berjumpa...

11:28 PM 0
16 November 2014, Setelah Bertahun Tidak Berjumpa...
Happy sangat lepas menahan sakit dan stress terlampau, tiba-tiba Qilla si Mak Hayam Gebuss ajak meet-up kami 3 Stooges ! hahahha tali barut sangatttt... takdela, kami rapat tetiga orang, dah macam adik beradik... tinggi lain-lain, umur ikut turutan... Mia-25, Wa-24, Qilla-23... so memang Qilla adalam adik antara wa dengan Mia.

..... Dari Sungai Buloh, Qilla datang ke Ampang kutip wa lakibini... damn, takde transport memang kene mengharap orang lain lah... Qilla memang tak kisah pun, wa je yang emo...

So janji nak jumpa kat Dapur Penyet, tapi wa saspek nak makan kat Ayam Penyet AP dalam Wangsa Walk... so masuk la Wangsa Walk, nak tunggu parking je 15-20 minit, main pusing-pusing... dah parking tu masuk la Wangsa Walk, gigih hokeyyy cari kedai ayam penyet... tapi rupanya luar daripada Wangsa Walk, kedainya hanya berdekatan Wangsa Walk...


Teruja sangat jumpa rakan-rakan saiton, lupa nak amik gambar nasi ayam penyet... so kami just posing lepas makan... oh ya, memang kami ni perangai gila tahap lahenet sikit, so sengaja istiharkan diri sebagai "budak setan".. boleh?? haha !


3 Stooges tu Mak Hayam (Qilla) yang bagi nama... yang freehair tu laa Mak Hayam kesayangan... yang tengah tu Datin Vavavasss...  putih sangat ! waolsss je muka sakit + stress... ketara sangat yang rupa waolss ni memang "sedang tahan sakit!"...

With Datin Mia Vavavasss....

Baby Gonjeng, Datin Mia Vavavasss & Mak Hayam Qilla Gebuss

Amat seronok harini bila jumpa, hampir 4-5 tahun tau tak jumpa Mia... Qilla last wa jumpa tahun lepas waktu wa nikah, dia jadi pengkepit wa... 


Kami yang dulu bukanlah yang sekarang ~~~

Alhamdulillah, plan kali ni berjaya and Happy Engagement to Datin Vavavasss... punyalah seronok sampai nak berairmata waktu nak balik tadi... jumpa bukan selalu, tapi bila dah jumpa tu habis benda lama dok pulun  citer..

.. Sebab teruja jumpa "cintahati" yang dah lama tak jumpa, sampai terlupa nak ber-selfie dengan tuan macho... huahua... mahappp ye tuan macho, puan gojes memang lupa diri sangat ~

Cheers,
Tunsha.