Syed Azmi Penganjur "I Want To Touch a Dog" Banyak Anjurkan Aktiviti Amal

Memang kena buat post title panjang sikit, harini wa dah rasa pulih dari demam, then cecelik mata je terus baca komen maki hamun dari golongan MELAYU ISLAM terhadap Syed Azmi, susulan berita tentang dia memohon kemaafan, baca, Sumber Di Sini..

Tahukah korang yang asyik maki hamun ni, yang Syed Azmi banyak anjurkan program yang bermanfaat...?? ohh tidak... yang korang nampak cuma program ANJING tu saja... terus korang kafirkan dia... terus korang kata dia sesat... blaa blaa blaa...

Takde pulak korang rasa pelakon yang berpeluk sana sini sebagai SESAT...?? takde pulak korang KECAM pelakon2 yang berpelukan dalam TV, tido sekatil dan sebagainya..?? nahhh... kita, yakni korang hanya nampak ANJING dan BABI je sebagai perosak akidah...



Pelbagai program anjuran Syed Azmi
("I Want To Touch A Heart)

Ini adalah luahan daripada Aminuddin Ab Kadir, sahabat rapat Syed Azmi sendiri...

Kepada Yang Berkenaan,
Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”. 

Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dalam kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat. Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda. 




Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dengan elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil. 



Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini. 

  • Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
  • Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  • Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  • Ramadhan Box 
  • Kursus Pengurusan Jenazah 
  • Kursus Penyembelihan Ayam 
  • Sukan Rakyat 
  • Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan) 
  • Kutipan Pakaian Untuk Syria 
  • Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan 
  • Food for Sahur (untuk penjaga pesakit di hospital)
  • Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland 
  • Suspended Meal (Free meal for the poor) 
  • Kempen Zebra Crossing Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser 
  • Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter) 
Ini adalah sebahagian daripada kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah.


Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat. 

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Waolssss rasa, kebanyakan dari kita hanya menuding jari tanpa mengenali siapa sebenarnya dia.. kita hanya tahu maki hamun, kita hanya tahu menyumpah seranah... emmm bila waolsss keluarkan pendapat ni, ada pulak yang suruh waolsss pergi kawan dengan cina, sebab cina lagi kuat menyalak..

Padahal yang waolsss ketengahkan disini, ciri MELAYU yang beragama ISLAM tidak memiliki akhlak dan sikap yang baik, kesabaran lagilah... OUT !!


Betul orang kata, berapa puluh kebaikan yang seseorang tu lakukan, orang lain takkan nampak, tapi kalau buat SATU je khilaf, sampai mati orang INGAT :)
Syed Azmi Penganjur "I Want To Touch a Dog" Banyak Anjurkan Aktiviti Amal Syed Azmi Penganjur "I Want To Touch a Dog" Banyak Anjurkan Aktiviti Amal Reviewed by Tunsha Ayunie on October 25, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.