Sana Sini Cerita Anjing...


Nampaknya acara ini mendapat pandangan serong dari sesetengah media... ehhh keseluruhan mungkin.. waolsss taknak komen... atok waolsss pun pernah bela anjing... kawan waolsss pun ada bela anjing untuk jaga rumah.... So..

Apa tujuan program ni sebenarnya..??

Tujuan sebenar event ini BUKAN UNTUK MENGHALAL kan orang Islam membela anjing tetapi adalah untuk memberi kesedaran bahawa MENYENTUH anjing tiada salahnya, selain itu acara ini bertujuan untuk mengajar orang kita untuk berhadapan dengan anjing & belajar cara sertu/samak dengan betul.

Dr Asri Zainal Abidin bekas Mufti Negeri Perlis menerangkan di blognya yang berkata :-

Bolehkah Muslim Memegang Anjing? 

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. 

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. 

 Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis.

Wallahualam bisawab, 
Janganlah kita membuta tuli menyumpah seranah ^^~ hanya kerana anjing, umat Islam bercacimaki... bila orang Islam pegang anjing, kita kata lari akidah... bila orang Islam cacimaki, kita diamkan.. adakah itu akhlak Islam sebenar..??

Tepuk dada, tanya diri sendiri...


Sana Sini Cerita Anjing... Sana Sini Cerita Anjing... Reviewed by Tunsha Ayunie on October 20, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.