Salam Maal Hijrah,1436H

Mungkin ramai dah berkongsi tentang peristiwa Maal Hijrah, ketika Rasulullah SAW menempuhi hari kewafatannya.... waolsss bila cerita tentang Maal Hijrah ni, teringat sambutan kat sekolah dulu..


Sebab sekolah waolsss memang berdekatan kampung, maka kami mengelilingi kampung sambil berselawat... rindu saat tu.... lepas dah mengelilingi kampung tu, tolong cikgu buat bubur asyura pulak... bubur asyura banyak jenis kan.... yang manis ada, yang berempah ada, yang keras macam kek ada.... haaa pilih je... tapi waolsss suka yang ada daging rasa rempah2 tu....

opss... citer pasal makan pulak...

Sempena Maal Hijrah yang bakal tiba beberapa hari lagi, waolss minta maaf andai ada terasa dengan penulisan waolsss yang kekadang straight forward sangat ni..


Al-Ajiba - Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Salam Maal Hijrah,1436H Salam Maal Hijrah,1436H Reviewed by Tunsha Ayunie on October 24, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.