October 16, 2014

Nak Tutup Mulut Orang Tak Boleh, So Kita Yang Diam ~

".. Ehhh Is, kau kawin tak jemput pun... "... kata member tuan macho...

.. " Dah berapa orang anak dah Is..?? " member tuan macho tanya pulak...

Hadooiii nak terasa pun sebenarnya malas dah... orang tak tahu situasi kita.... takkan nak marah pulak, sebab dia bukan tahu pun wa tak boleh preggy... jenuh laaa tuan macho nak explain setiapkali orang tanya...

".. Kau taknak bagi buah pinggang kat bini kau ke Is..?? " tanya sorang member lagi...

Kesian kat tuan macho, bukan dia taknak bagi, dia pernah janji yang lepas nikah dia memang nak dermakan buah pinggang pada wa, tapi apakan daya, tuan macho pun bukan sihat... kang dia bagi, dia yang collapse, tak ke lain jadinya...

.. Wa diam je laa... senyum je... rezeki tu ada kat mana2... ni haaa... esok nak teman tuan macho interview... alhamdulillah, nampak peluang cerah kat situ... semoga tuan macho dapat kerja kali ni... gaji pun lumayan, senang la nak bayar bil dialisis yang tergendala selama ni... doakanlah :)




Don't cry because it's over. Smile because it happened. - Dr.Seuss

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.