Kisah Seorang Abid Dan Pencuri..

Dikisahkan pada ketika itu ada seorang Abid (yang kuat beribadat) dan seorang pencuri.. Abid tersebut telah beribadat selama 40 tahun, begitu juga si pencuri, yang mencuri selama 40 tahun.

Pada suatu hari, di zaman Nabi Musa a.s, si pencuri terlihat akan Nabi Musa a.s, pencuri tersebut berniat ingin berjalan di samping Nabi Musa... Katanya.. " Kalau aku dapat berjalan di sisi Nabi Musa, mudah-mudahan ada berkatnya pada aku..."..

Tetapi difikirkannya semula, dia tidak jadi melaksanakan niatnya itu, katanya didalam hati.. " Aku ini seorang pencuri, manalah layak seorang pencuri seperti aku berjalan dengan seorang nabi..".

Kemudian, dia terlihat seorang abid berlari mengejar Nabi Musa a.s dari belakang.. si pencuri berkata lagi dalam hatinya.. " Baik aku jalan bersama abid ini, mudah-mudahan ada baiknya untuk aku..".


Lantas si pencuri mendekati si abid dan minta kebenaran untuk berjalan bersamanya.. Si abid sangat terkejut dan takut, katanya di dalam hati.. " Celaka aku kalau si pencuri berjalan bersamaku, rosaklah segala amalan kebaikanku selama ini.."..

Si abid berjalan laju supaya si pencuri tidak dapat mengikutnya, tetapi si pencuri terus mengikut si abid dan mereka sampai serentak di hadapan Nabi Musa a.s.

Kata Nabi Musa : " Aku baru menerima wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa amalan kamu telah dimansuhkan oleh-NYA..." .. 

Terkejutlah abid dan pencuri tadi.





Berbahagialah si pencuri kerana segala dosa mencuri selama 40 tahun diampunkan oleh Allah taala, tetapi berdukanya si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun ditolak dan tidak diterima Allah swt.

Kenapa jadi begitu..??

Si pencuri walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia mencuri kerana miskin dan tanggungan yang banyak, di zaman itu, si kaya enggan membantu fakir miskin. Oleh kerana terpaksa, dia amat berasa salah dan berdosa, dan selama 40 tahun mencuri, dia memohon belas kasihan dan keampunan dari Allah taala.

Si abid pulak. dia teramat yakin bahawa ibadahnya diterima Allah dan mampu menyelamatkannya, malahan dia yakin dengan ibadahnya selama 40 tahun mampu membeli syurga.. setiapkali beribadah, dia merasakan dirinya bertambah mulia.

Wallahualam,
Namun pengajaran disini, janganlah kita angkuh seolah-olah diri kita hebat dalam melaksanakan ibadah dan perintah Allah tanpa rasa ada sisa dosa dalam diri kita... Maha Suci Allah, yang menentukan siapa yang layak ke syurga atau sebaliknya...
Kisah Seorang Abid Dan Pencuri.. Kisah Seorang Abid Dan Pencuri.. Reviewed by Tunsha Ayunie on October 25, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.