Kisah Saidina Umar Al Khattab R.A & Ibu Tua

Ramai tahu bahawa Saidina Umar Al Khattab adalah seorang Bani Quraisy sebelum beliau memeluk Islam.. dan setelah memasuki Islam, Saidina Umar menjadi seorang Pemimpin yang Adil...



Hiasan semata :)


Saidina Umar r.a seorang yang suka bekerja keras dan teliti kerana beliau tahu, dia hanyalah seorang hamba Allah dan seorang khalifah (pemimpin negara) mestilah mengambil berat tentang umat Islam di negaranya, seperti seorang ayah yang mendidik anak-anaknya.

Suatu hari Saidina Umar dan pembantunya, Aslam, telah keluar dan menyamar sambil membuat rondaan ke tempat bernama Harrah, beliau ingin tahu tentang keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kepimpinannya.

Tiba di satu rumah kecil yang usang, Saidina Umar dan Aslam mendapati ada seorang ibu tua dan beberapa anak yang menangis kelaparan. Wanita itu kelihatan sedih dan anak-anaknya kelihatan kelaparan. Saidina Umar melihat ada sebuah periuk yang sedang menyala api dibawahnya, fikir Saidina Umar, mestilah wanita itu sedang memasak sesuatu, dan mungkin anak-anaknya akan berhenti menangis.

.. "Sabar ya, ibu sedang memasak.." kata wanita itu.

Saidina Umar hanya memerhati, namun, kata-kata wanita itu di ucap beberapa kali kepada anak-anaknya dan wanita itu langsung tidak memberi makan kepada anak-anaknya, Saidina Umar menjadi hairan dan memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut, dengan memberi salam, Saidina umar meminta izin untuk masuk ke dalam rumah itu.

"Mengapa anak-anak ibu menangis..??" tanya Saidina Umar.

"Mereka kelaparan.." jawab wanita tersebut.

"Mengapa tidak diberi makanan yang ibu masak tadi..?? tidakkah makanan di dalam periuk itu sudah masak...??" tanya Saidina Ali, lagi.

"Didalam periuk itu hanya batu, saya terpaksa berbuat begitu kerana sudah tiada makanan lagi, nanti mereka tunggu sehingga tertidur, maka mereka melupakan perut mereka yang sedang lapar..." kata wanita itu.

"Seringkah ibu berbuat begini...??"

"Ya, saya sebatang kara, tiada saudara dan suami sebagai tempat bergantung.."

"Mengapakah ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah? beliau boleh membantu dengan memberikan wang daripada Baitulmal.. dengan cara itu dapat membantu ibu dan anak-anak," nasihat Saidina Umar.

"Aku seorang perempuan, khalifah telah berbuat zalim kepada kami anak beranak.." jawab wanita itu.

Saidina Umar r.a terkejut dengan penjelasan wanita tadi.

"Bagaimanakah khalifah telah berbuat zalim dengan ibu? terangkan pada saya.." Saidina Umar ingin tahu.

"Saya kesal dengan pemerintahannya, beliau seharusnya melihat kesusahan rakyatnya dalam kehidupan nyata, terdapat ramai lagi yang ditimpa kesusahan dan senasib dengan saya.." terang wanita itu.

Saidina Umar r.a terus menangis mendengar keluhan wanita itu, dan bingkas bangun dan berlari ke Baitulmal dan memasukkan tepung, daging, dan gula ke dalam karung.. sebaik selesai membungkusnya, orang suruhan Saidina Umar ingin menawarkan diri untuk membawakan karung itu, tetapi Saidina Umar ingin membawanya sendiri.

Saidina Umar memikul karung yang sarat itu sehingga sampai ke rumah wanita tadi, dan beliau sendiri yang memasakkan makanan dan menyuapkan anak-anak itu. Wanita tadi sangat berterima kasih kepada Umar.

Sebaik saja Saidina Umar ingin meninggalkan rumah tersebut, ibu tua itu berkata ;

"Engkaulah sepatutnya menjadi Khalifah, bukannya Umar r.a, engkau baik, murah hati, dan memahami perasaan orang, itulah yang harus ada pada seorang khalifah..."

Keesokan harinya wanita tersebut dipanggil mengadap Khalifah Umar, alangkah terkejutnya ibu tua itu apabila melihat didepannya adalah seorang lelaki yang dianggapnya sebagai khalifah yang zalim, adalah sebenarnya lelaki yang membantunya pada malam tadi.

"Puan,kata khalifah,"... akulah Umar..".. 





Tuan macho memang ada menceritakan tentang Khalifah Umar r.a yang sayangkan rakyatnya.. dan wa sangat teruja dengan kepimpinan yang waja dari Khalifah Umar, dan terbitlah status di Facebook sebab ramai sangat yang menyanjung PEMIMPIN kita yang sekarang (",)

Kisah Saidina Umar Al Khattab R.A & Ibu Tua Kisah Saidina Umar Al Khattab R.A & Ibu Tua Reviewed by Tunsha Ayunie on October 10, 2014 Rating: 5

2 comments

  1. maafkan saya..sepengetahuan saya Saiyidina Umar bukan Yahudi..beliau dari kaum arab Quraish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin khilaf saya, terima kasih kerana bagitahu :)

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.