October 01, 2014

Kanak-Kanak Meninggal Di Taska ..



Nur Imna Khalisa berusia 3 bulan meninggal dunia di sebuah taska di Presint 11, Putrajaya. Bapa kanak-kanak terbabit turut menyatakan bahawa semasa ingin mengambil anaknya, anaknya sudah meninggal dunia lebih kurang 2 hingga 3 jam dan sudah dihurung semut. 

Allahuakbar !! hmm boleh dikatakan sudah tiba ajalnya... tapi sedih, usianya baru 3 bulan... comey pulak tu... rasa amarah sangat pada diri ni tentang pihak yang telah diberi amanah untuk menjaga, tapi tidak menjaga dengan baik... orang bukak taska, depa nak bukak jugak... tapi ini pulak yang jadi...

Hmm.. andai ditakdirkan wa ada anak, wa sanggup tak kerja... biarlah tuan macho yang bekerja... tak sanggup nak bagi orang lain jaga... kalau mama ke abah volunteer takpe jugak... ini bukan pasal nak zalimi ibu ayah, tapi yang dijaga tu cucu diorang jugak... ehh ni wa kata kalau volunteer... sebab abah mama memang suka sangat budak kecik... :)

.. Apalahh nak jadi zaman sekarang ni... buta2 macam ni je... sedih tau hati ni... bukankah anak itu amanah yang sangat berharga untuk dijaga...?? 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.