Just Enough ! Kisah Anjing Dah Habis !

Kisah anjing @ program "I Want to Touch a Dog" sangat kecoh sehari selepas program itu diadakan.. ok.. kita dah baca tentang hukum dan hakam berkaitan anjing ni... wa taknak usik pasal hukum, kang ada pulak label wa Islam Liberal (berfahaman bebas).. so kita hanya bahas dengan orang yang lebih tau..

Perkara ni sudah berlalu  2-3 hari yang lepas, tapi masih ada page yang panaskan lagi isu ni, terbaru, tentang penganjur program tersebut, Syed Azmi.


Di media, terus sumpah seranah Syed Azmi, ada yang melabelnya sebagai syiah, ada yang melabelnya sebagai kaum kafir yang menyamar sebagai orang Islam dan sebagainya...

.. Wa cuma senyum dan menyumpah dalam hati, apa bezanya yang menyumpah seranah sebagainya, dengan si pemegang anjing dan penganjur... (andaian kalau pegang anjing tu BERDOSA BESAR)..

Apa bezanya..?? ikut akhlak baginda Rasulullah SAW ke macam tu...?? memaki hamun dan cerca sana sini...?? Silapnya program ni dua, tak kasi warning awal2 jangan sentuh anjing, dan nama program tersebut....

Tapi yang ngelenyar lebih dari batasan... manusia khilaf beb... kadang benda yang menjadi kesedaran kita pun kita lupa... 

enough... is enough... sila buka cerita baru :)
Just Enough ! Kisah Anjing Dah Habis ! Just Enough ! Kisah Anjing Dah Habis ! Reviewed by Tunsha Ayunie on October 22, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.