Hidup Bersama "Rakan Senasib"

Mempunyai tangan besar sebelah kekadang buat waolsss rendah diri... sebelum kahwin pun banyak sangat dugaan waolsss dapat.... sehingga terpaksa lari rumah untuk mengecapi impian waolsss... orang tanya kenapa waolsss pilih seorang lelaki OKU, tak kerja pulak tu... 

SENYUM.

.. Well... waolsss takde jawapan pasti, tapi bila hidup bersama... baru nampak jawapan tu... wa tak menyesal hidup dengan orang tidak sempurna jasadnya... hitungan Allah Maha Hebat... wa terima dengan hati yang sangat senang...

99% lelaki , belum tentu wa jumpa orang yang lebihkan perut wa setiap masa, sanggup tak tidur kalau wa tak tidur, sanggup tunggu 4 jam sepanjang treatment... sanggup pergi tempat yang agak jauh untuk beli makanan walaupun dia cepat letih bila berjalan jauh....  sanggup bangun malam kalau wa sakit... sanggup cari ubat tetengah malam ketika wa sakit...


naruto animated GIF

.. Wa banyak susahkan tuan macho..

Ada ke lelaki normal yang sanggup buat rutin tu setiap masa?? hurm.. mungkin ada.. tapi jarang berlaku... biarlah hidup dengan "rakan senasib"... sebab dia tahu, sakit wa adalah sakit dia jugak....

"Sayang, abang minta maaf sebab tak dapat bagi apa yang sayang nak..."

.. Tepian waktu, kekadang aku selfish jugak, aku cemburu orang honeymoon sana sini, tapi rasa bersalah sebab peperli tuan macho time tu... tapi sematkan je dalam diri...

SATU HARI MESTI BAHAGIAN AKU PULAK :)
Hidup Bersama "Rakan Senasib" Hidup Bersama "Rakan Senasib" Reviewed by Tunsha Ayunie on October 27, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.