October 08, 2014

Bila Servis Makanan Hancur !

Assalamualaikum wbt,

Baru ada masa nak hapdet satu entri... mood agak huru-hara je harini... bendera jepun nak naik kot..?? ngehngeh....

Dari pagi ada je benda yang buat diri ni nak mengamuk, tuan macho tak buat apapun kena marah... lepas tu ok balik.. then kami pergi singgah Paragon Ampang, tuan macho nak ambik henpon dia... terjadi perbalahan bila tuan macho kena bayar lebih, sedangkan yang dijanjikan, lain.. walaupun ada perbalahan, wa respect budak sales tu, dia tetap senyum kena marah dengan tuan macho.

Ok, tutup cerita.

Pergi kedai makan, haruslah untuk makan. Hampir 20minit duduk tanpa orang datang ambik order, padahal dia dah nampak wa dengan tuan macho baru duduk, ohhh rasa nak campak je kerusi kat dia..

Tuan kedai pun lemah canguk jugak, tuan suami panggil berkali buat dont know aje.. emmm orang lain yang sampai dulu, orang lain dapat minum dulu.. wa dengan tuan macho dah hilang sabar... tuan macho pelagi, terus tempik laa...

Tengah makan, ada orang lain datang... asyik tengok wa dengan tuan macho, lepas tu bisik tak bisik... tuan macho sekali lagi cakap... "pandang jangan sebarang pandang, aku pijak kang !"

Dah habis makan, nak mintak bil... ehhh dia sibuk ambil order orang lain, tadi masa turn wa lakibini kemain lembssssssss sangat.... dia boleh buat tak nampak je !!

Wa dah cakap dengan tuan suami, "abang, jom blah je laa, atau letak je duit atas meja.." kesabaran time ni Allah je yang tahu, wa dah pegang cawan kaca, nak campak je kat tuan kedai yang terhegeh2 ni... yang pasti, bukan orang Malaysia ye, indon muka cina :)



Macam nilah rupa wa bila geram, sampai nak nangis... kira first and last pergi kedai makan tu... Yarabbi... harini sungguh menguji kesabaran... sakit daderrrr !!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.