Selamat Hari Malaysia !

12.17am,

Hari ini kira cuti umum la ye sebab Hari Malaysia, wa aje kena buat hemo, ohhh nurse2 pun tak cuti tau...

Dan hari ni wa teringat, masa awali kahwin, tuan suami dan wa rancang buat nasi lemak.. bangun subuh-subuh dan bukak meja susun nasi lemak depan rumah nenek.. kami attack budak-budak sekolah... tapi....

... rupanya CUTI SEKOLAH ! HARI MALAYSIA ! tak ingat sehhh....


 Sedikit info tentang HARI MALAYSIA 

Hari Malaysia diadakan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di-tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia dinyatakan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura yang menyertai untuk membentuk Malaysia. 

Pembentukan persekutuan baru itu telah dirancang pada 1 Jun 1963, tetapi kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963, supaya ia bersangkutan dengan Hari Merdeka. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia ditangguhkan perisytiharan itu hingga 16 September tahun yang sama. 

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan masa pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjalankan referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak mengenai penyertaan dua negeri di sebuah persekutuan baru.

*Sumber - Wikipedia


Harapan Untuk Malaysia ?

Semoga Malaysia aman dan makmur, dan juga semoga rakyat Malaysia menjadi PEMBERSIH ! Jagalah kawasan dan ruang2 di Malaysia especially SUNGAI.. sedih bila rakyat Malaysia sendiri kotorkan sungai kita.. sedap buang sampah dalam parit.. sedap buang pampers baby semua dalam sungai... hurm... rasa kemurungan wa tengok...

.. Semoga Allah taala melindungi rakyat Malaysia dari pemimpin yang zalim.. atau orang-orang yang zalim, rindukan Malaysia yang aman satu ketika dulu...

Moga dipermudahkan segalanya.

*Monolog diri sendiri :)
Selamat Hari Malaysia ! Selamat Hari Malaysia ! Reviewed by Tunsha Ayunie on September 16, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.