RESEPI KENTANG LENYEK BERSAMA SOS GRAVY HOMEMADE

RESEPI KENTANG LENYEK BERSAMA SOS GRAVY HOMEMADE - Aku saja nak abadikan resepi kentang ni kat sini memandangkan aku suka masak dan makan. Bukan tu je, aku rasa happy sebab bila aku buat, adik-adik aku pun suka makan. Tak pernahlah aku buat mashed potatoes ni tak habis, mesti licin selalunya. Hahaha ! Bangga kan?


RESEPI MASHED POTATOES VERSI GOJES
BAHAN-BAHAN (Mashed Potatoes) :
6 biji kentang saiz besar - potong dadu dan rebus dengan sedikit garam
1 sudu kecil lada hitam - kisar dijadikan serbuk
3-4 sb susu segar
1 sb marjerin/butter
beberapa cubit Pasti Sedap Knorr @ Serbuk Pati Ayam Knorr

CARA-CARA :
Tos kentang yang direbus dan terus lenyekkan kentang. Masukkan serbuk lada hitam, susu segar, marjerin dan Pasti Sedap Knorr @ Serbuk Pati Ayam Knorr. (boleh ganti garam je)

Setelah lenyek kentang, gunakan hand-mixer dan sebatikan bahan-bahan tadi hingga gebu. Kalau tak ada hand-mixer, guna pelenyek manual pun boleh cuma tak dapatlah tekstur gebu tu. Kentang dah gebu, boleh ketepikan.

BAHAN-BAHAN (Gravy) :
1 batang saleri - dicincang
1 labu bawang holland - dicincang
2 sudu besar marjerin/butter
1 kiub ayam
Air secukupnya
**
3 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kcap pekat - untuk warna gravy
1 sudu kecil lada hitam - kisar halus
garam

Cara-caranya :-
Panaskan marjerin, tumiskan saleri dan bawang yang dicincang hingga layu, masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih dan tutup api, tapiskan bahan tadi kemudian kisar . Masukkan kembali dalam air rebusan.

Cairkan marjerin, letak tepung gandum. Menggunakan pemukul telur dan api yang kecil, sebatikan tepung dengan marjerin. Kemudian masukkan air rebusan secara perlahan-lahan di dalam campuran tepung.

NOTE : Kalau aku letak sikit dulu, lepas tu sebatikan dengan tepung supaya tak berketul dan boleh masukkan lebihan air rebusan tadi.

Kemudian bolehlah masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Rasa dulu, kalau tak cukup masin bolehlah letak garam. Biarkan kuah pekat dan boleh tutup api. (Jangan sampai hangit pulak).

Selamat mencuba!
RESEPI KENTANG LENYEK BERSAMA SOS GRAVY HOMEMADE RESEPI KENTANG LENYEK BERSAMA SOS GRAVY HOMEMADE Reviewed by Tunsha Ayunie on September 11, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. nanti nak buatkan naura ngan fiyah la..diorang memang suka kentang lenyek ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.