September 05, 2014

Nak Elak Terasa, Terasa Jugak !

Sebenarnya nak lari dari emo tak tentu arah ni, tapi apakah daya... keadaan sekeliling bikin stress... perghh serabut otak..

Imagine, wa lipat baju orang lain yang banyak, letak kat sofa, kesudahannya..?? bersepah, berlonggok ! nak angkat bawak naik bilik pun dia rasa berat bontot.. padahal naik turun naik turun je kerja dia pun.. sakit hati ni !

.. bila turn kami suami isteri yang buat sepah, eh mengamuk tuan rumah.. sedangkan yang seorang lagi tu buat sepah, tak kena hape pun... memang nasib menumpang cenggini kepe...??

Sepah yang kami buat tu tak la menyakitkan mata sesiapapun... *sigh*


Kalaulah wa boleh move out dari sini, cuma.. tak kesampaian.. rezeki tak kearah situ lagi.. emm nak menangis rasa... memang rasa nak jerit, nak semua2 laa... tapi terhutang budi pulak..

yeah ! wa benci bila terhutang budi... nak diluah airliur, nak ditelan airliur jugak... camne..?? sentap dada ni bila keadaan macam... its not fair around !

abaikan laa ayat mat salleh kelat tu, orang memang kalau tengah moody broken english dia menjadi2... hmmm

Yarabbi... berilah kami ruang untuk tinggal berduaan aje, dah tak sanggup hidup menumpang camni, makan hati, ulam jantung, masak kicap usus semua sudah ni... demi Tuhan, dah tak sanggup... tak sanggup...

**************************
3:16 am
5 September 2014
***************************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.