September 22, 2014

Mengandung anak haram mudah nak beranak..??

Firstly, TAK ADA istilah ANAK HARAM !! Yang ada cuma TIDAK SAH TARAF je... sesuka je cakap baby tu anak haram... ok straight to the point...


Sekadar hiasan.

Adakah mengandung anak tidak sah taraf ni punca mereka mudah untuk melahirkan..?? Jawapannya ofcoz, tidak ! mama pernah cakap dengan wa, dia hanya sebut "Allah..Allah..Allah.." semasa lahirkan wa, dah dia tak rasa pun yang wa dah keluar... adakah wa anak tidak sah taraf jika wa berbintikan nama Abah...?? 

.. Kisah kedua, mak sedara wa.. dia tengah preggy anak ke-5, then dia nak pergi memberak... masa dia tengah melepaskan hajat, anak dia terkeluar sekali tanpa dia sedar... terberanak kat jamban kauuuu..... so, adakah adik sedara wa tu anak tak sah taraf jugak?? sebab mak dia lahirkan dia dengan mudah dan senang aje...??

Bingit wa baca statement macam ni, menyampah pun ada jugak..

Adakah kita ni tak percaya dengan qada dan qadar Allah...?? mana kita tahu si pembuang bayi tu tak rasa sakit waktu melahirkan...?? sebab bukan kita ada sebelah dia pun... Allah taala berkata "kunfayakun"... kalau dia nak kasi mudah si ibu melahirkan, maka mudah laa... takde kena mengena dengan anak itu sah taraf ataupun tidak...

Mungkin ada yang kata... "dah ustaz cakap macam tu.." , diingatkan, seorang ustaz itu bukan seorang yang maksum... wa bidas kalau betul ustaz yang cakap macam tu....

Allah yang tentukan :) tak perlu pertikaikan status si anak... hmm

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.