Lupa diri kerana sudah ke langit ??

Hihi.... motif sangat post title tu... takdelaa... ini saja pendapat wa sendiri je... bukan wa nak perli atau nak suruh orang terasa, tapi kalau nak terasa.. wa minta maaf awal-awal jugekkk.... takutlaa kan, bukan semua orang suka kita...

... Bagi wa, famous atau popular tu subjektif... orang boleh angkat kita famous, popular atau dikenali.. tapi kalau kita ada duit, automatik, kita akan dikenali.. haaa kan subjektif namanya..

 emm kekadang terasa jugekkk bila kita ni buat ramah dengan orang, orang buat bolayan dengan kita... maklumlaa cebisan di tepian longkang... orang yang mendongak ke langit mana mampu nak menunduk ke bawah... :)


Lebih baik jadi diri sendiri, rendah diri... asal kita tanah dan balik ke tanah... takde pun asal tanah nanti mati bersalut emas...

Nak bangga diri macam wa sebab wa kata wa gojesss takpe, walaupun hakikatnya hidung penyet, gigi jarang.. tinggi pun 136cm.. kulit macam ular sawa... perghhhh banyak gila kelemahan... tapi tetap riakkkk mengatakan diri ini gojessss... ngehngeh...

Harta, kekuatan, kecantikan, kesenangan, kepopularan, kefemesan semua ni, milik DIA... kunfayakun ! maka Terjadilah...

********************
4 September 2014
2:36am
*********************
Lupa diri kerana sudah ke langit ?? Lupa diri kerana sudah ke langit ?? Reviewed by Tunsha Ayunie on September 04, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.