SINOPSIS FILEM & REVIEW : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE! - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 24, 2014

SINOPSIS FILEM & REVIEW : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE!

SINOPSIS FILEM & REVIEW : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE! - Filem seram adalah minat aku especially filem seram dari Hollywood atau Thailand lah biasanya. Pasal Annabelle ni aku teringin nak tengok sebab ramai kata based on true story.

Bagi yang pernah menonton cerita The Conjuring pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton kesinambungan daripada filem ini. Ianya mungkin sekuel dari cerita The Conjuring. Yela, ending cerita The Conjuring kan macam tergantung camtu. 


JUDUL : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE!
GENRE : Seram
PENGARAH : John R.Leonetti
PELAKON : Annabelle Wallis, Ward Horton & Alfre Woodard

SINOPSIS : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE!
Mia seorang wanita yang lemah lembut dan sangat menyukai patung porselain. Banyak koleksi anak patung porselain Mia di rumah. Mia dan suaminya adalah pasangan yang paling rajin ke gereja.  Satu hari, suami Mia membelikannya sebuah patung porselain yang sudah dinamakan sebagai Annabelle.

Pada malam itu juga, jiran mereka yang merupakan juga pasangan suami isteri, mati dibunuh.Sejak kewujudan Annabelle, banyak peristiwa aneh dan menakutkan berlaku dan mengganggu kehidupan Mia sekeluarga.

Siapakah Annabelle?

REVIEW : BEFORE THE CONJURING.. THERE WAS ANNABELLE!
Sejujurnya aku sangat excited untuk menonton filem ini. Tapi yang aku dapat bukanlah apa yang aku expect. Filem ini lebih banyak terkejut dan seolah tak ada storyline. Bagi aku agak bosan, tuan suami sependapat dengan aku.

Filem ini hanya menunjukkan patung Annabelle disitu dan disini. Tercari-cari dimana adegan seramnya tapi tak jumpa. Seriously aku sangat kecewa.

Ini mengajar aku supaya jangan letak expectation terlalu tinggi bila baca sinopsis. Haha! Berapa rate yang aku boleh bagi? 1.5 out 5, aci tak?

Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.