September 17, 2014

Apa itu OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ?


Obsessive Compulsive Disorder | Ia adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat.

Obsession :-
1) Fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda. Ia mengganggu anda sehingga membuatkan anda berasa resah gelisah dan bercelaru.

2) Anda tahu bahawa fikiran ini datangnya dari anda sendiri, bukannya dari orang lain atau apa jua kuasa yang memaksa anda.

3) Ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan.

4) Anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar.

Compulsion :-
1) Untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentu apa jua sama-asa perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulangkali melakukan perbuatan yang sama.

2) Anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan. Apabila obsesi dan kompulsi berlaku anda akan berasa amat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja harian dan aktiviti lain terganggu.

Tanda OCD yang kerap (Kadar Obsessi) :-
  • Memikirkan tentang kebersihan (43%)
  • Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebakaran, kematian tersayang dan lain-lain (17%)
  • Terlalu mementingkan sesuatu disusun secara teliti (17%)
  • Memikirkan tentang keagamaan (13%)
  • Memikirkan tentang kelakuan seks, imej seks dan pornografi (4%)


Tanda OCD yang kerap (Kadar Kompulsi) :-
  • Perbuatan mencuci tangan, mandi, gosok gigi, dan lain-lain (85%)
  • Buka tutup pintu, bangun duduk (51%)
  • Menyusun barang (17%)
  • Menyimpan barang buruk dan usang (11%)

Apakah rawatan untuk OCD?
Rawatan adalah berdasarkan prinsip biopsikososial.
Ubat-ubatan ; (Dos yang lebih tinggi diperlukan berbandung dos untuk kemurungan).

Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD.

Korang ada OCD??
Semoga bermanfaat !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.