Aduhai adikku.. semoga tiada apa yang berlaku...

Yang pakai spek itu 'Aboy' ...

Haritu ada terbaca whatsapp antara mama dan aboy, hati dah start risau... hurm.. air kencing aboy start kotor.. tak lawas dan pinggang dia start sakit2... then mama dah bawak pergi klinik check darah semua...

Hati ni tak sedap sebenarnya, takut sejarah berulang lagi.. sangkaan tak banyak pun meleset, aboy disyaki mengidapi permulaan penyakit buah pinggang.. hurm... tapi doctor syorkan dia makan makanan berkhasiat dan minum air kosong banyak2... nasib baik cepat bertindak...

Semoga aboy tak kena apa2 penyakit especially tahap kronik macam kakak dia nan seorang ni... tak sanggup tengok adik beradik lain sakit, kesian mama abah.. teruk sangat menanggung bila anak2 sakit... sangat susah nak jadi anak berpenyakit macam wa nih... wa dah pernah tengok mama abah bersusah-payah :(
Aduhai adikku.. semoga tiada apa yang berlaku... Aduhai adikku.. semoga tiada apa yang berlaku... Reviewed by Tunsha Ayunie on September 20, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.