August 25, 2014

Wira Di Sebalik Jenazah MH 17 ~

Ramai yang tidak uar-uarkan, dan terlupa, dan mungkin jua insani-insani ini tidak mahu dikenalkan.. mereka tidak didendangkan di mana-mana media, tetapi mereka juga adalah wira.

Tahukah kita..?? disebalik jenazah-jenazah mangsa MH17, siapakah yang memandikan mereka dan mengkafankan mereka..??








Mereka adalah para ustaz dan ustazah serta pegawai JAKIM yang terlibat untuk memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah-jenazah mangsa yang beragama Islam di Belanda. Mereka diterbangkan khas dari Kuala Lumpur sebaik saja insiden itu diketahui. 

Walaupun berdepan dengan mayat lama (mungkin hampir sebulan) dan kemungkinan ada mayat yang tidak sempurna, di tangan para ustaz dan ustazah inilah kesemua mayat itu diuruskan mengikut hukum syarak hingga membolehkan ia disemadikan di bumi Malaysia. 

Walaupun kisah mereka tidak banyak mendapat liputan media, kita seharusnya kagum dengan jasa mereka. Semoga mereka yang terlibat dalam usaha ini diberi rahmat Allah, dan kemuliaan dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.