August 18, 2014

When Feeling Happy Is The Only Choice ~

Dah nak masuk jam 2 pagi. Tetiba rasa nak buat monolog sendiri, supaya yang lain tidak pernah mengeluh dengan nasib diri..

Aku, Auni Afiqah, 24 tahun.. dilahirkan sempurna tanpa penyakit. Aku seorang insan yang ceria, putih gebu, berambut lebat dan kerinting, muka ala-ala jepun sampai atok panggil aku Hantu Jepun.

Mungkin dugaan kepada mama abah dan aku sendiri, ketika aku berumur 4tahun, aku ditakdirkan demam panas yang agak teruk, dan mama membawa aku ke klinik.. doktor suruh mama abah refer dekat GH, so mama abah refer kat HKL..

Buah pinggang aku disahkan rosak kedua-duanya, dan aku perlu jalani rawatan CCPD (Continuous Cycling Peritoneal Dialysis) masa menjalani CCPD, aku hanya duduk didalam bilik, melekat di mesin selama 8-10 jam.. ketika anak2 lain bermain, aku hanya mampu tengok tv, main game @ main2 dengan adik lelaki aku..

Dulu mesin CCPD besar, dalam gambar ni kecik je.. hihi...

Arwah opah atau mama yang selalu bagi makan kat aku, yela, bilik kat atas.. hurm.. nak pergi outing mana2 pun susah, perut asyik kembung.. mandi seminggu 2 kali je kot... abah dengan mama yang selalu buat dressing kat perut aku.. azab.. azab sangat, lagi2 bila ada tumbuh ketulan daging kat tube di perut tu... nak matikan daging tu kena guna serbuk asid... azab sakitnya... Allah taala yang tahu..


Lebih kurang macam ni lah keadaan perut aku waktu itu...

Daripada CCPD, aku bertukar membuat CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis), ianya mengambil masa selama 3-6jam.. CAPD, aku boleh buat dimana-mana pun, tapi aku tetap tidak rasa bebas macam orang lain..


Sewaktu aku jalani CAPD.

Pada tanggal 1996, mama membuat keputusan untuk mendermakan buah pinggang kepada aku, namun nasib tak menyebelahi kami berdua, buah pinggang mama gagal berfungsi dalam badan aku dan terpaksa dibuang.. aku kembali menjalani CAPD, dan mama hidup dengan satu buah pinggang.

Akhirnya sekali lagi peluang aku mendapat buah pinggang pada tahun 2000, doktor call dah tengah malam, dan malam itu darah aku diambil dan leher aku ditebuk dan dimasukkan tube untuk mencuci darah, selama itu aku tak sedarkan diri.

Alhamdulillah jaganya aku dari tidur, perut aku dah macam busung, ada lebihan air.. dan baru aku sedar, aku sudah dibedah dan aku ada buah pinggang baru, dan kami tidak dibenarkan mengetahui siapa yang menderma, yang aku tahu, buah pinggang dari seorang budak yang mati lemas.

Selama 9 tahun aku hidup normal macam orang lain, tapi kehidupan aku banyak lupa diri.. kerana waktu kecik aku rasa kosong, hurm.. 

Tanggal 2009, buah pinggang yang aku 'pinjam' disahkan ada sel kanser, doktor sekali lagi membuang buah pinggang tersebut dan aku mengalami stress yang agak melampau.. sehingga kini..

Dan kini, aku menjalani Hemodialisis pulak,


Rutin aku kini.. 4 jam @ 3 kali seminggu.


Tangan aku jugak semakin bengkak kerana memakai fistula.. Fistula adalah sejenis sambungan antara urat dan arteri, untuk membesarkan urat. Ianya akan membengkak jika tak jaga dengan rapi, sebab aku malas nak jaga, maka jadilah bengkak cenggitu... kuikuikui

"AKU" yang menceritakan kisah diatas adalah diri wa sendiri, boleh saja kalau wa nak cerita hari2 tentang betapa wa sakit dan sangat sakit !


1) Wa tak boleh KENCING!
2) Wa tak boleh minum air banyak macam orang lain.
3) Wa tak boleh lasak, tak boleh travel jauh-jauh.
4) Perut cepat kembung, masa treatment sakit, masa treatment sesak nafas, masa treatment muntah, masa treatment kaki kejang, masa treatment otak boleh jadi cramp, dan effect treatment sama macam kimoterapi, rambut gugur dan boleh botak !

Tapi wa memilih untuk berbahagia dan buat2 happy walaupun wa tak happy langsung dengan perjalanan ni, namun bersyukur kerana wa masih kuat berjuang untuk sakit Chronic Kidney Disease - end stage ! 

.. Dan wa memilih untuk tidak terlalu meraih simpati orang, I hate it ! Tujuan bercerita.,?? saja berkongsi, pada rakan senasib... janganlah selalu kita mengeluh... kerana ada yang LEBIH SANGAT SAKIT berbanding diri kita sendiri :)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

(Surah Al-Baqarah, ayat 286 - 2:286)
Lahawlawala Quwwata Illah Billah.. selamat malam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.