RESEPI NASI GORENG KAMPUNG


Resepi Nasi Goreng Kampung Gojes
Bahan-bahannya :
4 pot beras - dijadikan nasi ye
6-8 ulas bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih
2 sudu belacan
17 biji cili api
segenggam ikan bilis
sayur kangkung (tak letak sebab tarakkk)
sos ikan
garam
gula

Cara-cara :
Tumbuk kesemua bahan kecuali sos ikan, garam, dan gula. Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sos ikan, garam dan gula, agak2 je. Lepas tu masukkan sayur kangkung, gaul sehingga layu dan boleh letak nasi. Siap !

Hahaha !! Masak nasi goreng pun kecoh satu dunia.. saja nak share sebab sedap sangat !! kembang kuncup hidung ni.. muahahaha !! yang tukang tumbuk bahan tadi tuan suami sebab tangan wa tak boleh angkat barang berat, asyik nak terlepas je.. tulaa bahagia je masak tadi, bahan2 dah ready... hee ~

by the way, nasi goreng kampung ni lagi sedap tumbuk bahan2 dia daripada blend.. tapi kalau malas nak tumbuk, guna blender kering hokeyyyyy... sekian dari puan gojessss yang perasan.. ngehngehngeh...
RESEPI NASI GORENG KAMPUNG RESEPI NASI GORENG KAMPUNG Reviewed by Tunsha Ayunie on August 18, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.