August 10, 2014

RESEPI NASI DAGANG RICE COOKER VERSI PUAN BLOG

RESEPI NASI DAGANG RICE COOKER VERSI PUAN BLOG - Bismillah... Ehem... ni cheq tak tau nak rasa gembira ke hapa. Sebenarnya macam ni, aku tak tahu nak happy ke apa, sebab, tadi aku masak nasi dagang, lepas tu nasi lembik, lepas tu pak mertua makan banyak adalah setengah periuk, yang aku teringin nak makan ni dapat sikit je, sebab beralah kat semua orang dalam rumah ni.

Aku takdelah kisah sangat kalau pak mertua makan banyak, lagi happy ada sebab dia suka makan. Tapi yang sedihnya bila aku memang bajet masak untuk satu family. Emosi aku terus terganggu.

Oklah, tetiba luah perasaan pulak. haha! Tujuannya nak share resepi je pun. Aku masak nasi dagang ni guna rice cooker je sebab rumah in law takde pengukus. Kuahnya jugak aku guna rempah kurma hasil perkongsian Kak Lina dalam Facebook.


RESEPI NASI DAGANG & KUAH DAGANG AYAM
BAHAN-BAHAN NASI :
3 1/2 beras biasa + 1 1/2 beras pulut
Santan pekat+ air ikut sukatan beras
1 st halba
1 inci halia - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1 labu bawang merah - hiris halus
garam

CARA-CARA :
Beras basuh macam biasa, rendam kejap dalam 1 jam, lepastu tos. Lepastu tabur la segala bawang, halba, halia dan garam.. masak nasi macam biasa ye.

Peringatan !! Sila jangan terlebih air ye kekawan... kalau nasi terlembik, alas penutup periuk dengan sehelai surat khabar, insyaAllah... nasi tak lembik lagi...!!

BAHAN-BAHAN KUAH :
Setengah ekor ayam
*Bahan kisar
1 labu bawang merah (besar)
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit
10 biji cili kering - direndam sampai kembang

*Bahan lain
Asam keping
2 sb serbuk kari
1 sb serbuk kurma
Santan secukupnya
-----------------------------------
10 biji cili api
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perasa *optional

Cara-caranya :-
Rebus ayam dengan air bersama asam keping, biarkan sehingga ayam masak. Setelah ayam masak, toskan ayam. Airnya dicampur dengan santan dan didihkan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila bahan tadi dah pecah minyak, serbuk kari dan serbuk kurma. Biarkan masak seketika, dan tuang kedalam kuah santan tadi. Perasakan dengan garam, gula, dan bahan perisa. Dah mendidih boleh masukkan ayam & cili api.. boleh jugak nak letak telur rebus @ timun yang dibuang biji.

Bahan acar :-
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 batang cili merah
garam
gula
cuka

Cara-caranya :-
Hiris bahan memanjang, perap dengan gula,garam dan cuka. Siappp !!

Haaa banyak bahan takde... nak buat camne, last minute baru terasa nak buat nasi dagang... itupun halba tak dapat cari, sampai kena pilih halba sendiri dalam halba yang dicampur. Ceritanya puas cari halba sana sini tak jumpa-jumpa. Nasib baik laaa ada halba campur, kita feeling macam Puspa dalam cerita Musang Berjanggut lah ye :)

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.