RESEPI NASI AYAM HAINAN SEDAP

RESEPI NASI AYAM HAINAN SEDAP - Aku memang suka makan nasi ayam hainan yang ala-ala cina ni. Tapi family aku tak berapa suka. So jarang lah nak masak versi hainan ni kat rumah. Bila teringin sangat, aku terpaksa buat nasi ayam dua versi.


RESEPI NASI AYAM HAINAN SEDAP
Bahan-bahan :
Seekor ayam
2 ulas bawang putih - ketuk
Daun bawang secukupnya

Cara-caranya :-
Sumbat bawang putih dan daun bawang dalam ayam. Letakkan ayam dan letak air dalam periuk. Biarkan ayam hingga masak. Kemudian tos-kan. Ayam dah sejuk boleh potong. Sapu dengan kicap cair campur minyak bijan.

Stock ayam tadi boleh ditambah air dan garam untuk masak nasi.

Bahan nasi :
4 pot beras - basuh dan tos
1 sb marjerin
1 ulas bawang putih - tumbuk
4 1/2 sup ayam

Cara-caranya :
Panaskan marjerin, tumis bawang putih, masukkan beras yang ditos dan tumis sebentar. Masukkan sup ayam dan masak nasi seperti biasa.


Bahan ayam :-
Ayam direbus yang ditos
Marjerin / butter

Cara-caranya :-
Ayam yang direbus tadi sapukan sedikit butter di atas kulitnya dan bakar kejap bagi kulit ayam garing. Kalau nak versi rebus tu, sapu minyak bijan aje.


Bahan sambal :-
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3-5 biji limau kasturi
garam
gula
sup ayam

Cara-caranya :-
Kisar cili merah, bawang putih dan halia bersama sup ayam. Masak kejap atas api.. cili ni sedap cecair sikit camtu.. dah mendidih sikit masukkan garam dan gula secukup rasa.. dah angkat masuk dalam mangkuk baru perah limau.
RESEPI NASI AYAM HAINAN SEDAP RESEPI NASI AYAM HAINAN SEDAP Reviewed by Tunsha Ayunie on August 07, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.