August 14, 2014

Pekerja Medan Selera Disiram Minyak Panas !

Ya Allah... sakitnya hanya Allah taala yang tahu.. wa pernah kena masa goreng ayam... melecet satu muka, nasib baik dah pulih... alhamdulillah...

Sofia Batrisyya, 30, seorang pembantu warga Indonesia di  medan selera berdekatan Kompleks Pertama, telah disimbah minyak panas oleh seorang kutu rayau, hanya kerana dia menyuruh kutu rayau tersebut bekerja.

Diceritakan, kutu rayau tersebut acapkali meminta makanan, dan Sofia memberinya makanan. Tetapi pada hari kejadian, Sofia menyuruh kutu rayau tersebut bekerja kerana kata Sofia, badan kutu rayau itu masih tegap dan sihat.. tetapi kutu rayau tersebut tidak berpuas hati maka disimbahnya Sofia dengan minyak panas..

Macam mana ada minyak panas..?? Sofia meniaga goreng pisang ye kawan2... boleh bayangkan kepanasan minyak tersebut...?? -clueless-

Video boleh dilihat - Disimbah Minyak Panas



Alhamdulillah keadaan Sofia stabil dan masih ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) .. semoga keadaan ini memberi pengajaran supaya kita berhati-hati.. 

Kutu rayau @ matgian ni, hati dah mati.. akal pun dah tak betul... dia boleh buat apapun... 
(based dari pengalaman sendiri)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.