August 15, 2014

NILAI MATA WANG KERTAS SEKARANG : TAN SRI P.RAMLEE MUNGKIN TELAH UNGKAIKAN DULU

NILAI MATA WANG KERTAS SEKARANG : TAN SRI P.RAMLEE MUNGKIN TELAH UNGKAIKAN DULU - Wahhh tajuk.... panjang kemain ! tapi suka wa tengok apa yang wa baca... haaa... zaman dulu mungkin kita rasa total depa murah... tapi bagi depa... RM10 tu dah kira banyakkkkk sangat tau !! Jom kita tengok perbezaan... petikan dari edisi... Bujang Lapok 1961..


Upah tutup rahsia = 20sen/-
Nilai 20sen pada tahun 1960, hari ini adalah RM 4.40. Agaknya apalah yang boleh dibeli hari ini dengan merasuah kanak-kanak berusia 5-6 tahun??


Mahar perkahwinan Sudin = RM 1,000/- serba satu
RM 1,000 pada tahun 1960, hari ini bernilai RM 21,939. Patutlah Ajis tidak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.


Nilai gadaian cincin berlian makcik Eton = RM 3,000/-
RM 3,000 pada tahun 1960, hari ini ialah sekitar RM 65,000. Tak peliklah kalau Makcik Eton dianggap sebagai orang 'ada-ada'(berada) kerana memiliki cincin berlian sebegitu.


Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin
 untuk perbelanjaan perkahwinan mereka = RM 5,000/-
Pada hari ini nilainya adalah sekitar RM 110,000. Perlukan 12 tahun baru boleh bayar RM 1,000 setiap bulan ! tak hairanlah anak sudah 3 hutang masih belum selesai !


Nilai beefsteak untuk 12 orang, yang perlu dibayar Ramli
 sehingga terpaksa pulang sehelai sepinggang = RM38/-
Hari ini nilainya sekitar RM 834, penting sebenarnya untuk mengajar para isteri supaya makan diwarung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan status. Lebih baik kalau masak sendiri di rumah !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So amacam?? haha... wang kertas semakin sedikit... barang makanan segala bagai semakin melambung.. :) hiuhiuhiu ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.