Macam-Macam Rasa Nak Makan !

Tajuk dah tak SEO sangat pun... sebenarnya masih tak faham apa itu SEO... bukan nak repeat cakap diri ni lembab... tapi memang hakikat ! kesan ubat yang dimakan sejak kecik.. kesan ubat bius mungkin jugak... dah berapa banyak kandungan morphin dalam badan pun tak tahu ~

Yang penting, masih pandai blogging dan merepek, nah... itu PENTING !

Beberapa tahun kebelakangan ni, wa asyik teringin nak makan something that, yang susah dapat area Ampang ni, in fact kalau boleh dapat pun, susah ! sebab wa takde transport, harapkan teksi semata-mata so sangat cannot gooooooo laaa ! *merana pasal makan jap*

Ramai orang suka makan, termasuk diri wa yang gojessss ini.. (kembang tekak plss) , tapi antara yang wa teringin sangat nak makan adalah...



BakChang @ Ketupat Chang @ Zong Zi
Ianya diperbuat daripada beras pulut yang ditumis dengan kicap soya, bawang dan sebagainya, dan dimasukkan inti seperti kuning telur masin, buah berangan, udang kering, cendawan dan daging.. rasanya?? sedap.. satu tak cukup !



Pais Ikan Patin
Ada dua versi, ada yang letak kelapa parut, ada yang letak tempoyak, wa suka makan dedua.. boleh bertambah nasik kalau kena rasa dia.. perghh sedap kot ikan patin ! paling wa suka hadap part kepala atau part2 badan yang ada minyak ikan tu.. sayangnya, kat sini tak tahu apsal susah sangat nak jumpa ikan patin.. sedeyyyy !



Asam Pedas Belangkas @ Telur Belangkas
Kat Kota Tinggi, Johor, sangat tak hairan pasal belangkas ni sebab dah ramai mencuba kat sana.. wa teringin makan belangkas sejak arwah opah cakap, sedappppp.. cara arwah cakap tu memang buat wa rasa sentap daderrr tau... mana nak cari belangkas kat Ampang ni...?? rasa macam kempunan sangat dah....



Mee Siput Dan Sambal Tumis
Kat Muar, benda ni femes.. wa kan ada 50% darah Johor, so benda ni wa suka makan, ada orang tak pandai makan... belajar makan pun zaman sekolah dulu... fuhhh berapa lama dah tak jamah benda ni.. aishhhh sambil taip sambil lap air liur ni tau :(



Look Choup
Kacang hijau yang diadun dengan tepung beras, dibentukkan menjadi buah-buahan, diwarnakan serta dicelup dalam agar-agar.. benda tu pun wa teringin jugak... walaupun tak pernah makan.. most of on list memang tak pernah makan..

********************************************

Hahaaaa... tudia... banyak kannnnnnn...?? kalau nak buat list tu banyak lagi... tapi 5 ketoi ni yang jadi idaman sementara ini...

sekian terima kasih...
Macam-Macam Rasa Nak Makan ! Macam-Macam Rasa Nak Makan ! Reviewed by Tunsha Ayunie on August 30, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.