August 18, 2014

Kesabaran Seorang Suami ~

Assalamualaikum wbt,

Ok mood dah ok sikit, malam tadi entah kenapa rasa nak sangat luah perasaan.. ini malam sekali lagi nak luahkan perasaan melibatkan tuan suami tercinta.

Macam biasa bila puan gojessss tengah moody, atau tengah bengkak dan overloaded.. memang tak boleh tido... kejap2 kaki terencat macam sawan, kejap2 sesak nafas, kejap2 bangun dari tido... baring, bangun, baring bangun... kebiasaan bantal tido, memang lengan tuan suami, dia tak bagi tido atas bantal.. hiuhiuhiu

ok sambung .

Then malam tadi camtu la gayanya, tak boleh tido, kekejap bangun. Tuan suami dah urutkan perut bagi lega, lepas tu lelap lah kejap, then wa terbangun balik sebab kaki sikit2 terencat gitu.. dan tuan suami yang terlena, kembali bangun.. urut pulak kaki si isteri..

Dah lega, terlena, dan terbangun lagi sebab sesak nafas.. tuan suami kembali bangun dan belai2 kepala, then urut lagi perut sampai wa betul2 boleh bernafas dan lena..

Terlena... sejam lebih... kot..?? lepas tu bangun lagi..!!

tuan suami yang keletihan terus je cakap...

.. "abang baru terlelap, lepas tu terkejut lagi..." (dengan nada lembut je)..

hmm sebenarnya tuan suami memang tak boleh kalau wa bangun dari lengan dia, auto, terjaga dari tido !

kesian punya pasal, wa pulak yang dodoikan tuan suami,

... "takpe..abang tidolah, sayang ok je...(sambil kiss dahi dia).."

dia pun tido...

Sabar dia memang kuat padahal dia panas baran, kalau kena dia punya baran, dia pandang bini dia ni kecik besar kecik besar je... wahahahahhaa !! paling best bila dah maki hamun.. 5-10 minit dah ok macam takde pape terjadi...

Pelengkap hidup beta :)

Kami berdua memang orang yang stress, ego & tidak bertolak ansur..
opss !

Yang tak bertolak ansur, si isteri.. tuan suami terlebih bertolak ansur... duit dia habis ke perut puan isteri je...

Alhamdulillah, semoga hubungan ini kekal, walaupun ada ribut taufan beliung segala bagai... tenkiu tuan suamiku yang ensem dan kacak..

nanti belanja Nando's ye...?? hulalalalala

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.