August 24, 2014

Kerana Aku Cucu Yang Pilih Kasih ~

Dalam 2 minggu ni beberapa kali maktok call.. hurm.. 

Dia call, aku nampak, aku sedar dia call.. tapi tangan ni berat sangat nak jawab call.. sebab aku tahu soalan apa yang dia akan tanya.......


  • "Fiqa pergi dialisis tak..??"
  • "Fiqa masak tak harini?? masak apa..??"
  • "Fiqa ok ke?? jangan ponteng dialisis tau.."
  • "Oklah Fiqa, jaga diri.."
Memang... memang maktok nampak sangat caring dengan aku, actually semua cucu-cucu, dia caring.. lagi pulak sekarang dia sakit, perangai maktok agak kebudakan... everytime dia call, soalan sama...

Cuma terkilan sikit, bila dalam telefon, maktok caring... tapi bila berdepan, tak ada diendahnya sangat.. hurm.. kekadang aku buat baik dengan maktok, aku rasa hipokrit sangat... maktok bukannya tak baik, dia nenek yang baik... tapi....

Mungkin aku yang pilih kasih??

Guess so ! Aku dibesarkan oleh arwah opah, sejak aku keluar dari rahim mama lagi, dan disebabkan itu jugak, aku hanya rasa macam arwah opah nenek yang paling rapat... walaupun sebenarnya maktok jugak nenek kandung aku...

Aku nak express kasih sayang aku ni terhadap maktok, tapi aku rasa terpaksa je buat macam tu.. kenapa pun tak tahu, mungkin hubungan aku dengan maktok tak serapat aku dengan arwah opah.. 

Tapi rasa tak baik pulak kan...?? patutnya kenalah sama rata.. nenek kandung tuuu (-_-")


Dan siapa bilang aku tak sayang maktok..?? mulut ni kata tidak, tapi hati....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.