August 03, 2014

Jangan Rasa Rugi Memberi ! -Uncle India-


Cerita ini dicedok daripada pengalaman Bintu Mahzir di Bazar Tanah Merah untuk Tabung Gaza. tersenyum dengan pengalaman beliau.. maka berkongsi disini untuk pembacaan sendiri dan rakan blogger..

Sesungguhnya ada ganjaran bagi mereka yang berbuat baik.. (Allah tidak berkata apa agama atau bangsa mereka) ..


seperti firman-Nya dalam surah Al-Baqarah, ayat 286 ;

Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya "...



Semalam buat kutipan utk Tabung Gaza di bazar Tanah Merah,Jitra. Dijadikan cerita,group kami didatangi sorg uncle india. Fizikal dia nampak seolah-olah kurang waras,kurang terurus..melilau sekeliling bazar. Awal2 dia datang pada kami sekadar bersembang. Kemudian datang sekali lagi dengan tangan disimpan dalam poket seluar sambil tengok2 tabung. 

Dalam hati rasa risau kot2 uncle nak seluk tangan dalam tabung ambil duit or ambil tabung (astaghfirullah!suudzhon!) Tengah uncle tengok2 dalam lubang tabung,uncle tanya Fadhli, "Ni kotak mengundi ka?" (Lebih kurang begitu bunyinya) So Fadhli jawab, "Uncle..lubang tu untuk masukkan duit." Uncle tengok dia. "Duit..orang letak dalam lubang tu nanti ." ... 

"Owh,kena masukkan duit dalam ni?" tanya Uncle.
          "Ya uncle. Sumbangan utk Gaza", jawab Fadhli.

So,uncle tadi pusing sikit gaya macam nak tinggalkan tempat tu. Tiba2, uncle pusing balik..keluarkan tangan dari poket seluar dan masukkan 20sen dalam tabung Gaza. 

MasyaAllah! Dalam hati, "uncle ni xdak duit nak makan..tapi sanggup bagi 20sen yang ada dalam tangan" (suudzhon lagi maya!!) 

Paling terharu,uncle kata, "saya ada yang itu saja..saya bagi. Kalau saya ada RM50,saya bagi semua..masukkan dalam ni", sambil tunjuk tabung. 

Uncle jalan sikit,patah balik..jalan patah balik sambil ulang ayat yang sama. Then uncle cakap lagi, 

"Saya nak jalan2 cari orang yg ada RM50,bawak mari sini..suruh masukkan duit dalam ni". 

Jalan dan patah balik semula. Ayat yang paling tak sangka akan keluar dr mulut orang yang dilihat tidak waras.."JANGAN RASA RUGI MEMBERI!" 

................ Secara fizikal dia kelihatan terbiar,kurang terurus,tidak waras..hakikatnya dia memiliki hati yang baik. Malah bicaranya juga menyentap hati walaupun ringkas. Inilah dia.... UNCLE.....

Janganlah menghakimi mereka dari zahir mereka.. kita semua sama disisi Allah Swt :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.