August 22, 2014

Dua Hari Di Hospital Kuala Lumpur ~

Alhamdulillah, aku dah sampai rumah dari semalam. Terima kasih kawan2 blogger & FB juga keluarga yang mendoakan.. pembedahan aku kelmarin tidaklah teruk mana, hanya minor operation tapi membawa kesan yang amat meletihkan.

Mungkin kesan ubat bius..??

Hari Pertama di Wad 11
Aku masuk wad petang tu, dalam pukul 5pm. Cadangnya nak pergi pagi tapi tuan suami dilanda sakit perut dan kami hold kejap. Bersyukur jugak datang lambat sebab tak ada prosedur apapun hari pertama tu, cuma duduk dan rehat, pakai baju wad.. haritu aku agak keletihan.



Makanan hospital, dah jadi makanan sedih.. ikan selar masak apa ntah, dengan bayam tumis, makan je terus tercekik tulang.. haha ! kalau mama suka laa makanan hospital...


Tuan suami tak boleh temankan, so dia balik.. boleh je suruh dia berkampung kat luar wad macam orang lain, tapi kesian pulak.. padahal kat luar wad tu, kemain orang bawak tikar, beg segala bagai untuk tidur kat lantai..

Sebelum balik, tuan suami tapaukan nasi goreng kampung kat kantin hospital.. ngehngeh ~

*HKL kena buat pembaharuan.. bikin hotel murah dalam hospital sendiri, dari dulu sampai sekarang ada je orang berkampung luar wad.

Malam tu tak boleh tido, teringat kat tuan suami.. satu malam je berpisah, dah meroyan.. hmm, di bahagian wad yang aku stay tu, aku je yang muda, yang lain tua2.. so takde geng ! pukul 10pm makcik2 dah lelapkan diri, tinggallah aku sesorang tengok lampu KLCC.

Hari Kedua di Wad 11
Hari kedua, awal pagi kena bangun hanya sebab staff nak lipat selimut.. kelakar jugak bab lipat selimut ni, penat2 lipat, karang pesakit tarik balik selimut tu, sambung tido.

Tuan suami datang dalam pukul 9am. Patutnya operation start pagi, tapi makcik sebelah katil buat dulu, so agak lambat. Turn aku dalam pukul 2 lebih.. rasa lega satu perkara dah selesai..

Thx to Mr.Naresh, Dr.Johari & Dr.Raihan. Walaupun aku dah kawin dan pegang title bini orang, doktor tetap layan aku macam kanak-kanak ribena.. waktu2 cenggitu mulalah teringat kenangan bila masuk hospital masa kecik.. HKL lah tempatnya, dan doktor HKL memang sangat loving & caring..

Teringat Mr.Naresh asyik panggil aku, sebab aku tak banyak bunyi sepanjang operation tu walaupun ngilu dan sakit.. dia bius kat tangan je.. muka aku dia tutup dengan kain, so dia potong kulit kat tangan tu macam terasaaaa je..

Mungkin Mr.Naresh asyik panggil takut aku pengsan kot... (",)


Lepas operation pun masih mampu bergambar, senyum lagi.. tapi bila balik rumah, ubat bius hilang kesan, terus menangis.. menangis dan menangis... sakit sangat ! pagi ni rahang pun sakit..

++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat tinggal HKL, kau memberi aku kenangan dan mengingatkan aku kepada mama, abah dan masa kecil aku. Terima kasih memberi kasih sayang yang cukup bermakna sepanjang aku membesar di daerahmu..

Sedih. Kenangan bertiub sana dan sini, berapa kali masuk unit sana dan sini, buat aku berat hati nak tinggalkan HKL sebenarnya.

Thank you coz be nice to me, alhamdulillah.

Oh ya, berterima kasih juga pada tuan suami sebab bersabar dengan kerenah isteri selama dua hari ni, nasib baik dua hari.. kalau seminggu kopak duit tuan suami, sebab aku asyik mintak makanan luar hospital je.. jauh tuuuu tuan suami nak jalan, hmm dalam keadaan tulang belakang tuan suami yang patah, ianya amat membebankan beliau, tapi demi kasih.. dia sanggup.

Tapi balik rumah, pinggang & kaki beliau, cramps. Semoga Allah merahmati kamu wahai suamiku.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.