August 17, 2014

CEREKARAMA TV3 - Berikan Aku Jilbab


BERIKAN AKU JILBAB |  Mengisahkan tentang Insyirah (Syatilla Mervin), gadis kampung yang menerima tawaran menjadi guru di Kuala Lumpur. Insyirah menumpang sebuah lori untuk ke Kuala Lumpur, malangnya di dalam perjalanan, pembawa lori tersebut merogol Insyirah dan tinggalkannya di jalan. Lebih malang lagi, apabila Insyirah diselamatkan oleh Tunku Ismadi (Keith Foo), sekali lagi dia dirogol.

Akibat daripada kejadian itu, Insyirah mengalami schizophrenia iaitu trauma dan kemurungan yang teruk, dan menjadikannya sebagai split personality, atau pembawakan watak personaliti yang berbeza. Apabila bersama isteri Ismadi, Corina (Felixia Yeap), dia menjadi Insyirah, seorang gadis bertudung dan sopan manakala bila bersama Ismadi, dia bertukar menjadi Kay, seorang gadis yang seksi.

Dengan menjadi Kay, Insyirah nekad untuk membalas dendam atas perbuatan Ismadi terhadap dirinya dan juga Corina.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.