Apa Itu, Taharah (Bersuci) ?

Assalamualaikum wbt, 

Sengaja nak share sesuatu mengenangkan dah lama tak buat entri luar dari personal. Walaupun blog ini hanyalah blog peribadi, memang rasanya blog ini dah keluar dari perkara asal.. haha, mukadimah dah merapu !


1) Definisi Taharah :-
  • Dari segi bahasa maksudnya - suci dan bersih.
  • Dari segi istilah syarak - suci dan bersih dari segala najis dan hadas.
2) Taharah ialah anak kunci atau syarat sah solat.

3) Hukum taharah adalah WAJIB diatas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

4) Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud : 

  •  " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... " Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan " 

5) Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. 

6) Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.

7) Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya. 

8) Syarat wajib taharah :-  
  • Islam 
  • Berakal 
  • Baligh 
  • Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ). 
  • Tidak lupa 
  • Tidak dipaksa 
  • Berhenti darah haid dan nifas 
  • Ada air atau debu tanah yang suci. 
  • Berdaya melakukannya mengikut kemampuan. 
9) Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

10) Alat–alat untuk bersuci :- 

Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian : -
  • Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun. 
  • Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut


Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.

Semoga bermanfaat :)
Apa Itu, Taharah (Bersuci) ? Apa Itu, Taharah (Bersuci) ? Reviewed by Tunsha Ayunie on August 22, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.