July 01, 2014

Untitled #12

1:50am
Sebenarnya tak tahu nak taip apa dah... perut wa kembung dengan air.. orang tak boleh urinated (kencing) macam wa nih akan menghadapi masalah kemurungan bila ianya berlaku..

Inilah boyfriend yang setia every 3days/week ! haa inilah...

Pesakit chronic renal failure(kidney) memang mudah moody, tak boleh buang air kecil, kena kontrol minum, kontrol garam and everything.. susu tak boleh minum, kacang tak boleh makan... erghhh u know what I feel...??

Sabar
Memang, memang wa sabar pun.. kalau tak sabar dah lama panjat KLCC lepas tu terjun sambil menyanyi lagu.. "kupercaya kubisa terbang" - Cicakman. Tapi itulah, susu adalah kegemaran wa, begitu jugak kacang.. tapi 2 perkara tu wa perlu elak supaya tulang wa tak reput.. Kalau manusia normal, minum susu untuk jaga tulang dan gigi.. terbalik pula dengan wa.. kalau wa ambil susu, tulang & gigi akan mereput... ok sabar. Sabar ni dah 20 tahun menjadi rutin wa.. pedehal..?? *pujuk diri*

Blogwalking & Comment
Harini wa banyak blogwalking dan tinggalkan jejak je.. notification asyik naik... haha ! mampu ke nak jengah sesatu blog ni dalam keadaan lappy yang sentiasa stuck? lepas tu internet ni yakyok je.. kejap laju kejap slow.. haa kurang sikit menaip entri harini.. nak kenali secara dekat dengan kekawan blogger.. maklumlah, kehidupan seperti wa nih... alahai... Allah taala je yang tahu.. mati duduk dalam kubur memang la sengsorang... tapi hidup ni... kenalah mencari sahabat, nanti kita mati.. sahabat jugak yang mendoakan.. ye tak...??


Ada kebenaran jugak, mungkin sukar untuk berpantang.. tapi lebih sukar bila mendatangkan effect yang tidak baik terhadap tubuh badan ni, bukankah badan ini nak guna lama..??

Terima kasih sebab baca entri wa yang tak ada tujuan ni... demi Allah, wa sayangkan persahabatan kita dialam maya ini.. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.