Ukraine Tersalah Tembak Punca MH 17 Terhempas ~

MH 17 | Tepat pukul 12:00am malam tadi, Malaysia digemparkan dengan insiden Malaysia Airlines, MH 17 yang terhempas di sempadan Ukraine.. kejadian ini sedikit sebanyak memberi impak kepada rakyat Malaysia, belum habis cerita MH 370, sekali lagi kita di-duga dengan kejadian seperti ini.

MH 17 disahkan oleh kerajaan Ukraine, ditembak pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara. Sementara itu Datuk Seri Najib mengarahkan siasatan segera dilakukan.


RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC. 

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama. -Sumber-





Kejadian ini memang tidak dijangka, lagi-lagi ianya melibatkan Malaysia.. Semoga keluarga mangsa-mangsa tabah dengan dugaan ini, kami rakyat Malaysia juga turut berdukacita dan sedih dengan kejadian yang menimpa.. tidak tergambar rasanya kalau ada diantaranya ahli keluarga sendiri..hurm..

Innalillahwainnalillahirojiun.. AL-Fatihah...

Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali :(
Ukraine Tersalah Tembak Punca MH 17 Terhempas ~ Ukraine Tersalah Tembak Punca MH 17 Terhempas ~ Reviewed by Tunsha Ayunie on July 18, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.