July 07, 2014

RESEPI POPIA GORENG SAYUR SEDAP

RESEPI POPIA GORENG SAYUR SEDAP - Resepi yang rasanya semua orang pun tahu tapi sengaja share buat tatapan. Popia ni memang kegemaran aku. Aku pentingkan inti tu lembut ye. Kalau masih crunchy gitu aku tak berapa suka.

Aku pernah beli popia yang lobak dan sengkuang dia potong kemain kasar. Lepas tu tawar hebeyyyy. Mahal pulak tu. Sentap dada aku memikirkannya. Hmm.. aku nak tepek gambar sendiri, tapi semua dah habis dalam perut masing-masing, so culik je la gambar kat Google.


Sumber - Google

Resepi Popia Goreng Sayur
Bahan-bahannya :-
Beberapa helai kulit popia
1 labu bawang merah - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
Sengkuang - hiris atau disagat halus
Lobak merah - hiris atau disagat halus
Udang kering - rendam dan tumbuk
Garam & gula

Cara-caranya :-
Tumis bawang hingga wangi. Masukkan udang kering. Lepastu masukkan sengkuang & lobak merah, perasakan dengan gula dan garam mengikut kesesuaian tekak memasing ye.

Ambil kulit popia, letak inti dan bungkus dan goreng. Makan dengan sos cili. Sedap kemahin. Aku makan cenggitu je.

Bye.

1 comment:

  1. teringin sebenarnya nak buat popia sayur sendiri..nanti boleh la follow resepi Auni ni
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.