July 20, 2014

Resepi Biskut Lipatan Kasih Kurma

Assalamualaikum wbt,

Lagi 7 hari kita "bercinta" dengan Ramadhan sebelum bertemu dengan Syawal.. 2 minggu terakhir ni  dah ada bau2 orang bakar biskut... wahhh... rindu mama ! selalu mama rajin bakar biskut raya waktu menjelang aidilfitri ni... tahun ni tak dapat laa wa nak buat apa, sebab berpuasa kat rumah mertua... family mertua wa tak berapa sambut aidilfitri ni.. they more to chinese.. wa je yang algojoh... yela, Rasulullah saw pun suruh kita bergembira kan..

Wa nak share satu resepi biskut yang wa tak pernah buat, dari Chef Ismail dan Florence Tan.. sebab wa ni penggila buah kurma, maka wa share je la kan... hihi.. kalau sempat nanti balik rumah bonda tercinta wa nak try la buat... :)


Bahan A :-
200g tepung gandum
50g tepung jagung 
80g NESTLE® CORN FLAKES - dikisar halus
200g mentega atau merjerin
100g gula kaster
1 camca teh esen vanila
1 biji telur
40-45 biji kurma (jenis lembut) - dicincang halus 

Cara membuat :- 
Ayak bahan A, masukkan NESTLE® CORN FLAKES. Gaul dan ketepikan. 

Putarkan mentega, gula dan esen vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. 

Kaupkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut. 

Letakkan ½ camca doh di dalam cawan kertas kecil dan tekankan dengan rata sehingga hujung kertas (mesti sama nipis supaya masak dengan sempurna). 

Kemudian letakkan kurma yang telah dicincang halus di tengah doh dan lipat cawan kertas tersebut. Tekan hujung doh mengunakan cawan kertas dengan lembut untuk mendapatkan bentuk kipas. 

Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Haaa amacam..?? best tak..?? jom la sesama kita try...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.