July 16, 2014

Kisah Padang Bola Dan Masjid

Ternampak satu perkara kopipes dalam Facebook.. wa agak tertarik.. bila difikirkan betul jugak.. kita terlalu mementingkan gadget walaupun ketika beribadah... ini termasuk dengan wa sendiri... haihhh...


Soalan : Kenapa tiada seorangpun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak? 

Jawapannya : Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka. 

Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari : Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat? 

Pesanan Syeikh : Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah..

sekian .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.