Malaysia Airlines - Kotak Hitam MH 17 Ditemui ~


Donetsk (Ukraine) - Kumpulan pemberontak Pro-Russia menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi terhempasnya MH 17 tempoh hari, kepada pegawai Malaysia di sini, hari ini. 

“Kami membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia,” kata perdana menteri Donetsk People’s Republic Alexander Borodai. 

Kumpulan pakar Malasia dan puak pemberontak menandatangani protocol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan. 

“Kotak hitam ini dalam keadaan baik dan hanya mempunyai sedikit kerosakan sahaja,” katanya. 

Kotak hitam ini dipercayai dapat membantu dalam siasatan nahas penerbangan MH17 yang dikatakan ditembak jatuh peluru berpandu, Khamis lalu.

Notajari - Semoga kita dibawah perlindunganNya.. dan semoga kita dapat mengetahui segala punca dan hikmah kejadian yang menimpa ini :)

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)